Laman Utama

Vaksin Kosong, Koyak To You Too, Kemelut Ebit Lew & Epilog Cinta Iqbal? Ini Kisah Paling Trending 2021!

gempak
Hanafis Haris
27/12/2021
12:30 MYT
Sponsor Banner
Vaksin Kosong, Koyak To You Too, Kemelut Ebit Lew & Epilog Cinta Iqbal? Ini Kisah Paling Trending 2021!

Janggal rasanya jika tiada apa yang diperkatakan atau trending di media sosial pada setiap tahun.

Bagaikan kemestian, pastinya ada saja yang ‘meletus’ baik perkara positif mahupun isu negatif.

Tahun 2021 tidak terkecuali dengan pelbagai isu yang meledak baik dari segi politik mahupun selebriti tempatan.

Gempak senaraikan kembali isu, topik atau tanda pagar yang paling trending 2021.

#1 Temu Janji Vaksin AZ Scam?

Antara isu paling trending tahun ini pastinya berkaitan pemberian vaksin.

Paling hangat diperkatakan adalah berkaitan tempahan AstraZeneca.

Sekitar Mei, media sosial dibanjiri dengan pelbagai luahan, kekecewaan, kritikan serta pandangan mengenai tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca.

Sayangnya, apabila tempahan sebanyak sejuta dos dibuka, banyak kepincangan yang terjadi terutama kepada pelarasan sistem dan teknikal.

BACA : Netizen Bengang Gagal Tembus Tempahan Janji Temu Vaksin AZ, Kena Scam & Robot Trending

#2 Datin Noor Kartini, Kerap Betul Trending!

Tahun ini menyaksikan ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini antara individu yang kerap trending di media sosial.

Isu pertama bermula sekitar Januari apabila Kartini menerima kecaman hebat di media sosial selepas tindakannya mempatenkan cap dagangan daging harimau menangis hingga mengundang rasa berang wargamaya.

Kemudian pada Mei, Kartini sekali lagi trending apabila didakwa mempertikaikan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

Susulan insiden berkenaan, Noor Kartini tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Noor Kartini turut berkongsi bukti perbualan dan salinan laporan polis.

BACA: Didakwa Muat Naik Komen Sensitif Terhadap Sultan Johor, Polis Siasat Instagram Noor Kartini!

#3 Koyak To You Too!

Pergolakan serta serangan antara tentera Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza baru-baru ini ternyata membangkitkan kemarahan ramai pihak apabila ia berlaku ketika bulan mulia.

Berikutan itu, platform media sosial kini ‘dibanjiri’ dengan pelbagai sokongan dan solidariti netizen terhadap nasib rakyat Palestin.

Namun, apa yang menariknya, netizen Malaysia turut menyerang beberapa posting yang dibuat rakyat Israel sendiri.

Antara yang menjadi mangsa adalah individu dikenali sebagai Ido Daniel.

Isu tercetus apabila posting Ido dihujani dengan pelbagai kritikan dan kebanyakannya daripada Malaysia.

Susulan berkenaan, seorang netizen Malaysia tampil membalas menggunakan perkataan koyak.

BACA: “Koyak To You Too” - Troll Jabatan Netizen Malaysia Memang Power, Sampai Trending Lah!

#4 Road to 20k

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang mencecah 20,000 pada Julai lalu ternyata membuat ramai tidak senang duduk.

Ada yang tidak menyangka jumlah kes mencanak naik sebanyak itu dan tidak kurang juga mempersoalkan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’.

Namun, dalam pada ramai yang bimbang dengan jumlah tersebut, trending pula tanda pagar ‘road to 20k’ di platform Twitter.

BACA : “Ingat Kelakar Ke, Ada Yang Bertarung Nyawa Hilang Mak Ayah” - Netizen Mengamuk #RoadTo20K Trending!

#5 Tanda Pagar #FreeAin

Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan pendedahan pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan saman RM1 juta daripada guru yang didakwanya bergurau mengenai rogol.

Enggan berdiami diri, bapa kepada pelajar tersebut merancang menyaman balas guru terbabit dengan jumlah sehingga RM5 juta.

Sejak daripada itu, tanda pagar #FreeAin telah mula trending, malah ada yang membuka petisyen untuk membebaskan Ain daripada tindakan undang-undang.

BACA: “Kes Dianggap Sebagai Gangguan Seksual” - Bapa Ain Saman Balas Guru RM5 Juta! #FreeAin Trending, Siap Ada Petisyen Untuk….

#6 Abah Letak Jawatan

Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau lebih mesra disapa Abah pastinya memberi kesan dan impak besar buat kebanyakan rakyat Malaysia.

Muhyiddin membuat pengumuman itu selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan sekitar Ogos lalu.

Susulan daripada itu, nama Abah itu sendiri terus menjadi perbualan netizen, sekali gus menjadi trending di Twitter.

BACA: “Pemimpin Baik Tapi Bad Timing” - Gelaran Abah Terus Trending, Ramai Titip Doa Supaya…

#7 Vaksin Kosong?

Bermula daripada satu kes, isu menerima ‘vaksin kosong’ kemudian meleret sehingga menjadi isu besar dalam negara.

Masalah berkenaan terus menjadi topik terbesar sekitar Julai iaitu ketika rakyat Malaysia sedang giat mengambil suntikan vaksin.

Isu tersebut kemudian diselesaikan apabila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang ketika itu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Jelas Khairy, ia bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.

#8 Pertembungan Ustaz Ebit Lew, Caprice & Nadir

Tiga nama ini antara yang paling trending dan hangat diperkatakan netizen.

Isu bermula apabila Caprice yang tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Susulan itu, warganet mengecam tindakan Caprice sehingga mendakwa dia berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Isu kemudian menjadi bertambah ‘panas’ apabila Nadir Al-Nuri yang aktif dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza membuat teguran tentang isu Ustaz Ebit Lew.

Menurut Nadir, teguran itu bukan atas dasar perasaan iri hati atau memperlekehkan perjuangan seseorang, namun dibuat atas dasar kasih sayang agar dapat dijadikan iktibar oleh pasukan Ebit Lew, semua yang terlibat, serta dirinya sendiri.

Dalam kes berasingan iairtu pada 19 Ogos lalu, Ebit telah dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

BACA : Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."

BACA: Kemelut Kes Ebit Lew, Polis Selesai Ambil Keterangan Mangsa! Enggan Dedahkan…

#9 Epilog Cinta Iqbal Vida

Hampir setiap hari ada saja kisah mengenai hubungan cinta usahawan Datuk Seri Vida dengan Ahmad Iqbal Zulkefli.

Nama mereka berdua mula diperkatakan selepas Iqbal dan Vida didakwa sedang menyulam cinta.

Walau bagaimanapun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Iqbal kemudian memaklumkan dia tidak akan lagi memaksa jutawan kosmetik itu mendirikan rumah tangga dengannya.

Kata Iqbal, keputusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

BACA: “Harus Menjaga Maruah…”- Mohon Maaf Kisah Percintaan Viral, Iqbal Putus Asa Kahwin Vida?

#10 Darurat Banjir

Platform media sosial memainkan peranan penting ketika negara berhadapan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Perkara itu terbukti apabila tweet (ciapan) berkaitan bencana banjir di Malaysia mencecah hampir lima juta secara global pada 18 hingga 21 Disember.

Twitter Asia Tenggara dalam kenyataannya berkata, lima tanda pagar paling popular yang digunakan untuk meminta bantuan, mendapatkan maklumat sahih dan mengikuti perkembangan semasa ketika bencana banjir baru-baru ini ialah #DaruratBanjir, #banjir darurat, #banjir, #rakyatjagarakyat dan #kitajagakita.

Kisah banjir antara paling trending pada penghujung tahun ini!

BONUS!

#11 Kentut Faraj

Tiada angin tiada ribut, isu berkaitan kentut melalui faraj secara tiba-tiba trending di platform Twitter.

Difahamkan, perbincangan mengenai isu itu tercetus apabila ada individu yang bertanyakan kepada seorang ustaz sama ada kentut melalui faraj akan membatalkan wujuk seperti mana kentut melalui dubur.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, ustaz tersebut kemudian tampil menjelaskan beberapa perkara.

Menurutnya, terdapat pandangan yang berbeza daripada ulama mengenai hukum kentut faraj atau keluarnya angin daripada kemaluan hadapan wanita.

BACA: “Kenapa Aku Baru Tahu Ni” - Kentut Faraj Trending, Ramai Persoal Adakah Sama Hukum Kentut Biasa? Rupa-Rupanya…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live