Pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf kepada usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ekoran video parodi yang dibikin buat siaran sebuah program hiburan minggu lepas.
Jelas Catriona, dia mengambil masa yang lama untuk memberikan respon terhadap ketidakpuasan hati Iqbal terhadap video parodinya kerana sibuk menguruskan keluarga.
Malah, Catriona atau lebih popular kini dengan panggilan Kak Kek menafikan tuduhan Iqbal bahawa dirinya melakukan video terbabit disebabkan tawaran lumayan.
"Saya minta maaf kerana lambat kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.
"Tapi hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat.
"Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit.
"Apatah lagi sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas saya mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme saya sebagai seorang pelakon.
"Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Iqbal merasa lebih tenang dan damai selepas ini.
"Sebab saya pun terkejut apabila Iqbal mengatakan Iqbal seolah-olah mengalami depresi kerana masalah Iqbal," katanya dalam hantaran video di Instagram Stories pada Selasa.
Sehubungan itu juga, Catriona meminta izin untuk berkongsi pandangan dan sebingkis nasihat buat Iqbal yang mana namanya kini sedang sohor di media sosial ekoran episod kisah cintanya bersama Datuk Seri Vida.
Tegur Catriona dengan analogi ringkas; sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
"Dan saya minta izin juga daripada seorang kakak kepada seorang adik, sebagai seorang yang jauh lebih matang saya nak nasihatkan Iqbal sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat dahsyat.
"Pada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat.
"Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis kepada Iqbal ya. Mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih," ujarnya.
Video parodi Catriona turut menampilkan Danial dan Jihan Muse yang difahamkan melakonkan semula babak dalam video kejutan hari jadi Iqbal oleh Datuk Seri Vida baru-baru ini.
Hal itu secara tidak langsung mengguris hati Iqbal dan membuatkannya terkilan.
"Saya tak sangka Kak Kek mampu bawa watak Datuk Seri Vida dengan sangat menjadi dan menghiburkan.
"Cuma saya betul-betul terkilan. Saya berdepan depresi ditekan dengan pelbagai tohmahan. Sanggup Kak Kek buat begitu...
"Saya terfikir adakah Kak Kek melakukan ini sebagai satu sindiran ataupun hanya kerana dapat bayaran?
"Ada perkara boleh bergurau, di saat saya kritikal begini boleh dijadikan bahan jenaka?" ujarnya yang telah cuba menghubungi Catriona namun tidak berjawab.
Amri Hassan
Wed Sep 29 2021
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.