Tindakan pelakon Nadhir Nasar berbalas komen di laman sosial dengan salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Angel mengundang pelbagai reaksi daripada peminat mereka.

Biarpun hanya berbalas emoji di ruang komen setiap perkongsian di laman sosial, namun peminat Nadhir dan Angel teruja melihat kemesraan mereka berdua.

Apatah lagi, Angel dan Nadhir berada di Korea pada waktu yang sama.

“I want to ship them so bad!

“I love Nadhir with Angel.

“Sejujurnya tiap kali aku tengok Angel senyum, ada iras Nadhir,” komen beberapa netizen di video yang tular di TikTok.

Bagaimanapun, Nadhir mahupun Angel tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan antara mereka berdua.

Sebelum ini, Nadhir pernah memberitahu dia tidak memikirkan soal hubungan cinta memandangkan mahu lebih fokus kepada kerya seninya.

@somerandomgurls10 Seoul's air definitely different.. *im not ship both of them, just hoping have project together that's it!! #nadhirnasar #angeldolla ♬ original sound - ?????_