Pendakwah bebas Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.

Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang uzur namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu.

“Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau.

Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz.

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang uzur dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.

Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengidap beberapa jenis penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.

Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz. Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah. Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on