Pelakon, Shima Anuar, 28, akui dirinya tidak boleh kelihatan comot meski sedang hamil anak keduanya

Menurutnya, jika dia membiarkan dirinya comot, bimbang suaminya, Mohd Solih Toha, 41, keliru dirinya dengan pembantu rumah.

“Walaupun pregnant, tak boleh comot2. Nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini,” tulisnya ringkas.

Shima berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut nyata membuatkan pegikutnya terhibur menerusi ruangan komen yang ditinggalkan.

Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha, mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia.

Walaupun pregnant, tak boleh comot2. Nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini. ? (My dress from @9months_maternity ? Thank you! ?)

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on