Pendakwah bebas Ebit Lew meluahkan rasa sayu terhadap ujian yang menimpa Malaysia terutama mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sehingga ada yang sanggup mengambil tindakan membunuh diri.

Menerusi laman sosial Facebook, Ebit menulis catatan sedih itu untuk tatapan umum.

Selain itu, Ebit memaklumkan bahawa pihaknya melalui Team Kasih Umat bersedia membantu rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dengan membuat penghantaran barangan dapur pada hari ini.

“Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri.

“Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga.

“Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu,” tulis Ebit yang turut menyertakan nombor telefon yang boleh dihubungi di setiap negeri.

Menerusi perkongsian itu juga, Ebit dilihat sedang menjalani proses kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di ibu kota.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan terima kasih kepada Ebit yang bergegas menghulurkan bantuan walaupun dia baru sahaja pulang daripada misi kemanusiaan di Palestin.

Ustaz Ebit dah macam seorang ayah dah pada orang-orang yang susah. Macam seorang anak yang rindukan ayah. Terima kasih ustaz kerana pertolongan yang mulia. Semoga Allah sntiasa berikan kesihatan dan rezeki yang tak putus untuk ustaz,” komen seorang wargamaya.

Hebat manusia bernama Ebit Lew ni kehadiranya sangat dinanti, perjalananya penuh erti peninggalannya penuh diberkati. Sebaik baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Moga sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T,” puji seorang wargamaya.

Kesian tuan baru pulang tanpa rehat terus sambung lagi sumbangan. Allahu, Moga Allah mudahkan segala urusan tuan,” luah seorang wargamaya.

Inilah wakil rakyat sebenar yang ambil tahu hal rakyat, yang ambil berat keperluan rakyat walaupun beliau bukan 'wakil rakyat',” ujar seorang wargamaya.

I have no words... penat dia belum habis lagi baru balik dari Palestin and now he is BACK!! Laju je dia begerak walaupun dia dlm kuarantin, amanah dan niat dia tetap berjalan,” kata seorang wargamaya lagi

Sehingga kini, catatan bantuan Ebit tersebut telah mendapat hampir 220,000 tanda suka dan 45,000 perkongsian di Facebook.