Penyanyi dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang tidak lama lagi.

Menurut Wani, walaupun dia sibuk dalam bidang nyanyian, dia tidak mahu mengetepikan soal pendidikan.

"Insha-Allah, saya akan sambung belajar dalam bidang undang-undang tidak lama lagi.

"Ikutkan perancangan setakat ini, saya akan mula belajar di sebuah institut pendidikan tempatan pada bulan April ini.

"Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar seperti apa yang diingini," kata Wani kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Wani bakal muncul dalam program The House bersama Sarah Suhairi dan Sissy Iman.

Penggambaran The House musim kelima dijangka bermula pada 18 Februari ini selama enam hari di Janda Baik dan Kuantan, Pahang.