Sebut saja tentang 'art street' atau seni jalanan, pastinya Pulau Pinang antara lokasi yang disebut-sebut.

Terbaru, Pulau Pinang sekali lagi mencuri tumpuan ramai menerusi acara Penang International Container Art Festival.

Menerusi festival berkenaan, anda boleh lihat kontena-kontena yang dihiasi dengan lukisan seperti mural.

Menariknya, kontena ini juga disusua secara rawak, ada yang menegak dan tidak kurang juga diletakkan secara bertingkat.

Setiap kontena ini dikatakan setinggi 10 meter.

Antara lokasi yang terlibat adalah di Prangin Mall George Town, Kampung Terang Balik Pulau, Dataran Pemuda Merdeka Butterworth dan di Batu Kawan.

Acara yang julung kali diadakan itu telah pun bermula sejak Disember lalu dan akan terus berlangsung hingga Mei 2020.

Jadi apa tunggu lagi? Masa inilah nak ambil gambar cantik-cantik!