Selepas empat tahun bersama, pelawak Yoo Sang Moo dan penerbit muzik Kim Yeon Ji telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka baru-baru ini.

Menurut agensi Yoo Sang Moo, perkahwinan mereka akan diadakan pada 28 Oktober ini di Hotel Seoul Yeouido Conrad.

Hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang dijemput ketika majlis perkahwinan mereka.

Permulaan percintaan Yoo Sang Moo dan Kim Yeon Ji bermula selepas mereka bekerja bersama-sama pada tahun 2014.

Walaupun Yoo Sang Moo menghidap penyakit kanser, penerbit muzik ini tetap setia bersama.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi