Laman Utama

Yusry Abdul Halim Cuba Untuk Tidak Biarkan Pelakon Bekerja Lebih 20 Jam

gempak
Izwan Isa
06/01/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Yusry Abdul Halim Cuba Untuk Tidak Biarkan Pelakon Bekerja Lebih 20 Jam
Pengarah, penerbit dan pelakon Datuk Yusry Abdul Halim menegaskan yang waktu kerja melebihi 20 jam untuk sesebuah produksi dilihat sebagai satu hal yang sudah lapuk dan tidak lagi relevan pada waktu kini.
Yusry berkata, tiada jaminan bahawa hasil lakonan akan jadi lebih baik jika masa bekerja dipanjangkan pada tempoh yang lama seperti itu.
“Bekerja selama 20 jam tu cara kerja orang dulu dan bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku lagi pada masa sekarang. Kalau saya, had masa bekerja adalah 12 jam sahaja. Sebab 12 jam lagi digunakan untuk rehat.
“Tapi ada jugalah hari-hari yang terpaksa ekstra sikit melebihi 12 jam tapi saya akan pastikan yang call time seterusnya bagi pelakon itu bukan pada waktu pagi,” katanya kepada Gempak.
Yusry berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Legenda Puteri Qaseh yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Dalam pada itu, Yusry menambah, isu kerja lebih masa ini boleh sahaja diselesaikan secara dalaman, tanpa perlu digembar gemburkan sehingga pengetahuan orang ramai.
“Kadang-kala, shooting ambil masa lama sebab keadaan cuaca tak menentu. Justeru, bila situasi seperti ini berlaku, pihak produksi kenalah bincang dengan pelakon, sebab budi bicara itu penting.
“Sebab selalunya mereka yang kerja lebih masa ni mesti dah setuju secara lisan. Kalau tak setuju mereka boleh katakan tidak. Jadi, bila ada pihak yang mengadu macam-macam kepada media, pada saya tak gentleman lah,” katanta lagi.
Sementara itu, mengulas pula mengenai tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang didakwa agensi bertanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan waktu bekerja ini, Yusry berkata, FINAS masih belum mempunyai bidang kuasa yang kuat.
Katanya, pihak FINAS mungkin sukar untuk bertindak kerana kuasa tiada di tangan mereka.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024