Gara-gara takut dimarahi selepas memecahkan pasu bunga di dalam rumah, pasangan anak kembar pelakon Datin Seri Zizie Izette bertindak menyembunyikan diri mereka di bawah timbunan tilam.

Perkara itu dikongsikan Zizie menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Dua beradik ni buat projek kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok.

"Nasib tukang report (Aaric) beritahu diorang menyorok kat mana. Watak singa mommy dah keluar!," ceritanya.

Begitupun, video tersebut mengundang perhatian netizen apabila, Zizie bertukar karakter dengan suara 'menyinga' kerana geram dengan apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu.

Dua beradik ni buat project kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok. Nasib tukang report (Aaric) bagitau diaorg menyorok kat mana. . . Watak singa mommy dah keluar! ? Hehe excuse rumah x rupa rumah. Kitaorg nak berpindah in sha allah x lama lg. ☺️

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on


Apa yang mencuit hati, anak-anaknya itu sanggup bersembunyi baring di bawah tilam bagi mengelak daripada dikesan ibunya.

Zizie yang pada mulanya gagal mencari, kemudian berjaya menemui lokasi persembunyian mereka selepas dimaklumkan anaknya yang lain.

Namun, sebaik ditemui, kedua-dua anaknya itu, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, terus berteriak kerana ketakutan selepas menyedari kesalahan mereka.

Bagaimanapun, rata-rata lucu melihat gelagat anak-anaknya yang disifatkan cukup bijak.

"Ya Allah anak, boleh kau nyorok bawah tilam..hahah, mak nya pun tak perasan.

"Pandai senyap sembunyi, lepastu belum marah lagi dah drama dulu dah," tulis sebahagian komen netizen.

Begitupun menurut Zizie, dia sengaja mengeluarkan suara garang kerana mahu mendidik anak-anaknya itu bahawa apa yang dilakukan itu satu kesalahan.

"Saya pun rasa kelakar juga, tapi saja je buat marah depan diorang, agar mereka tahu benda ni bukan main-main," jelasnya.





Perkongsian Zizie itu menerima lebih 33,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen yang terhibur dengan gelagat anaknya itu.

Selain pasangan kembar, Zizie yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Mokhtar itu mempunyai seorang lagi anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Pasangan itu mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Saksikan drama lakonan Zizie Izette di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!