Skip to main content

Berita

Malaysia Bakal Dilanda El-Nino Paling Panas Dalam Sejarah

Panas
Advertisement

Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim menjangkakan tahun ini bakal merekodkan suhu dunia paling panas susulan fenomena El-Nino dan kesan pemanasan global.

Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim, Prof Emeritus Dr Fredolin Tangang, berkata fasa El-Nino berupaya meningkatkan suhu dunia di mana 2024 diisytiharkan sebagai tahun terpanas dunia susulan peningkatan 1.55 darjah Celsius.

Advertisement

Felo Akademi Sains Malaysia itu berkata, suhu pada tahun 2025 sedikit menurun berbanding 2024 susulan pengaruh fenomena La Nina (fasa sejuk dalam kitaran iklim global)

Namun kesan pemanasan global yang terus meningkat menjadikan suhu dunia tahun lalu adalah ketiga terpanas setakat ini.

El-Nino antara Julai hingga Ogos

Pusat Ramalan Iklim di Amerika Syarikat (AS) meramalkan El-Nino berlaku antara Julai hingga Ogos, berkembang sehingga penghujung tahun dan awal 2027. Ia akan menurun pada Mac hingga April sebelum berakhir pada Mei tahun depan.

"Mengikut ramalan, kebarangkalian EL-Nino muncul pada musim barat daya ini adalah melebihi 70 peratus dan kebarangkalian ini meningkat sekitar 80 hingga 90 peratus sehingga penghujung tahun ini," katanya kepada Harian Metro.

El-Nino merujuk kepada keadaan pemanasan alam sekitar yang ekstrim dan melebihi purata suhu semasa permukaan laut.

Indikator suhu ekstrem ini merujuk kepada peningkatan suhu persekitaran melebihi 37 darjah Celsius dan berupaya meningkat sehingga 40 darjah Celsius dengan kelembapan udara persekitaran rendah serta kering.

Proses penyejatan air sejuk semakin melemah

Mengulas lanjut, Dr Fredolin berkata, tanda-tanda El-Nino akan berlaku apabila lapisan termoklin di bahagian timur Lautan Pasifik akan melemahkan proses penyejatan air sejuk ke permukaan laut.

"Keadaan itu akan meningkatkan suhu laut, seterusnya memulakan kemunculan tanda El-Nino.

"Hingga kini, tanda itu baru saja bermula di permukaan laut di bahagian timur Lautan Pasifik.

"Pengalaman saya sebagai penyelidik berkaitan El-Nino selama lebih tiga dekad berpendapat kita berkemungkinan berdepan El-Nino terintensi kuat tahun ini sehingga awal tahun depan," katanya.

Justeru, katanya, cuaca kering itu meningkatkan risiko kemarau, kebakaran hutan dan jerebu pada tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement