Skip to main content

Jenayah

Warden Sekolah Asrama Penuh Didakwa Cabul Pelajar Lelaki, Raba Badan Di Bilik Ragbi & ...

warden

Ringkasan AI

  • Seorang guru dan warden asrama penuh di Jempol mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 13 tahun.
  • Kesalahan didakwa berlaku di bilik rehat warden dan bilik sukan ragbi antara Mei dan Jun tahun lalu.
  • Tertuduh didakwa mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat melapor diri, tidak mengganggu saksi, dan menyerahkan pasport.
  • Sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan laporan perubatan ditetapkan pada 16 Disember nanti.

Guru sekolah berasrama penuh di Jempol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun tahun lalu.

Tertuduh, Nazrulhisham Mahmud, 46, yang juga warden asrama sekolah berkenaan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal, antaranya dengan meraba badan mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun.

Perbuatan tersebut dilakukan di bilik rehat warden pada 18 Mei dan 12 Jun manakala di bilik sukan ragbi pada 25 Mei.

Justeru, tertuduh didakwa telah melakukan dua kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) dan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan, jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan tiga syarat tambahan.

Peguam, Siti Nabila Hamzah dalam rayuan terhadap anak guamnya memohon jaminan yang paling minimum kerana jaminan ikat jamin yang tinggi seolah-olah memberi hukuman kepada tertuduh.

Katanya, tertuduh mempunyai tiga anak yang masih kecil dan menanggung ibu bapa sudah tua.

"Walaupun tertuduh bukan penanggung utama, tetapi boleh memberi kesan kepada kebajikan keluarganya,"katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berdekatan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport.

Sebutan semula bagi serahan dokumen dan laporan perubatan ditetapkan pada 16 Disember nanti.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement