Antarabangsa
GIVI Lancar Kotak Simpanan Antartica, Ruang Penyimpan Lebih Luas Sehingga 42 Liter
Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI melancarkan kotak simpanan baharu mereka menerusi varian Antartica untuk pasaran negara ini.
Kotak simpanan dengan sentuhan anak tempatan itu memiliki kapasiti 42 liter. Ia mempunyai ruangan yang besar dan mampu memuatkan sehingga dua helmet jenis demi-jet atau satu topi keledar modular. Dari segi spesifikasi fizikal reka bentuk, ia tampil dengan rekaan baru yang dinamik dan elegan.
Aspek keselamatan adalah tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi. Oleh itu, tambahan elemen prismatik reflektif di setiap empat penjuru bahagian hadapan dihasilkan bagi meningkatkan tahap penglihatan penunggang terhadap orang lain ketika berada di atas jalan raya.
Selain itu, Antartica juga menampilkan sistem Micro 3 Locking, ia membolehkan penunggang mengunci kotak simpanan dengan lebih efisien serta selamat. Seperti semua kotak simpanan GIVI polimer, B42N dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi.
Penggunaan jenis bahan mentah, campuran serta teknik ‘Injection’ yang mana ia adalah hak milik GIVI yang digunakan bertahun lamanya bagi memastikan struktur rupa bentuk yang lebih kukuh serta selamat.
Sementara itu, Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, kapasitinya yang besar membolehkan mereka membawa barang dalam kuantiti yang banyak.
“Penunggang dari semua jenis motosikal tanpa mengira saiz turut boleh memilihnya. Maka melalui ini, terhasilnya Antartica B42N ini yang mempunyai ukuran kapasiti 42 liter.
“Kami yakin bahawa produk ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar,” katanya.
Harga bagi GIVI Antartica B42N Monolock Top Case dijual pada RM420 dan boleh didapati di pengedar GIVI bermula Ogos ini.