Platform perdagangan kereta terpakai, MyTukar bekerjasama dengan platform Pembiayaan Rantaian Pembekalan dan P2P CapBay untuk menawarkan program pembiayaan satu klik bersepadu untuk peniaga kereta terpakai - MyTukar Dynamic Dealership Programme.

Program perkhidmatan kewangan peniaga yang inovatif itu untuk memberikan pengalaman pembiayaan tanpa gangguan untuk semua pengedar sah mereka di Malaysia, dengan jumlah pembiayaan sehingga RM300 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MyTukar.com Malaysia, Fong Hon Sum berkata, MyTukar Dynamic Dealership Programme adalah perkhidmatan kewangan peniaga yang terbaru untuk menyokong 1,900 peniaga di seluruh negara dengan pengalaman pembelian yang selesa dan bersepadu.

Menurutnya, pihaknya percaya bahawa program itu akan mengukuhkan lagi ekosistem pengedar sambil menyokong perniagaan kereta terpakai melalui masa yang mencabar ketika ini.

"Keutamaan kami pada saat ini adalah untuk menyokong peniaga sah kami dalam mengurangkan kesan kewangan dan risiko perniagaan mereka.

“Melalui MyTukar.com, kami mempermudahkan proses penjualan kereta pra-milik melalui digitalisasi dan untuk melayani pelanggan dengan ketelusan yang lebih baik melalui platform Car Selling,” katanya.

MyTukar Dynamic Dealership Programme adalah kemudahan perkhidmatan kewangan komprehensif yang menyediakan 'penyelesaian sehenti' berkesan dan selesa kepada peniaga sah MyTukar dalam mengendalikan serta mengembangkan perniagaan pengedar mereka.

Fong berkata, dengan penambahan kemudahan kewangan CapBay, peniaga yang sah akan menerima had kredit pusingan pra-diluluskan bernilai RM100,000 untuk membeli kereta dari platformnya serta sehingga RM500,000 kemudahan pusingan untuk pengurusan inventori, pembiayaan perdagangan, dan modal kerja.

“Ini membolehkan pengedar sah MyTukar menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih baik dengan memberikan margin kewangan yang lebih tinggi untuk semua pengeluaran,” katanya.

Kemudahan pembiayaan itu membolehkan peniaga sah MyTukar membeli kenderaan dan menyenaraikannya di platform penawaran kereta dalam talian MyTukar untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi untuk inventori mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.capbay.com/mytukar dan pendaftaran program perniagaan eksklusif MyTukar, sila layari: https://mytukar.com/dealership-program.