Antarabangsa
Pemilik Volkswagen Yang Bertugas Dibarisan Hadapan, Menikmati Faedah Tambahan Kempen ‘Welcome Back’
Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) mengemas kini kempen selepas jualan "Welcome Back" dengan memasukkan faedah tambahan khas kepada petugas barisan hadapan negara yang juga pemilik Volkswagen.
VPCM merasa rendah hati dengan pengorbanan mereka yang mempertaruhkan kesihatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan manfaat itu adalah tanda penghargaan untuk meringankan beban dan memberikan ketenangan kepada keluarga Volkswagen.
Penambahan baru pada kempen "Welcome Back" memberi keutamaan berhubung tempahan, pembersihan kereta secara percuma dan potongan 10 peratus dari jumlah bil.
Pemilik Volkswagen yang juga bertugas di barisan hadapan diminta untuk mendaftar dalam talian, dan kakitangan Volkswagen akan menghubungi untuk pengesahan.
Selepas diluluskan, faedah tambahan akan dikreditkan ke dalam Volkswagen Cares App dan boleh digunakan ketika melakukan temu janji yang sudah ditempah terlebih dahulu. Temujanji mesti dibuat dalam masa 30 hari selepas PKP berakhir.
Pada masa sama, kempen "Welcome Back" adalah untuk meraikan semua pemilik biarpun mereka yang tidak bertugas dibarisan hadapan. Mereka yang mendaftar akan menerima hadiah dan baucar minyak enjin RM50 tambahan (untuk pemilik yang tidak menebus perkhidmatan penyelenggaraan percuma mereka dan anggota bukan Volkswagen Cares Plus (VCP)).
Untuk mendaftar dan membuat janji temu, lawati laman sesawang. Muat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares untuk menikmati faedahnya.
Must-Watch Video