Pelakon dan bekas anggota Running Man, Lee Kwang Soo mendedahkan hubungan cinta bersama aktres Lee Sun Bin masih utuh.

Menurut Kwang Soo, dia berasa gembira dengan hubungan mereka dan bertemu untuk menghabiskan masa bersama.

“Saya masih merasakan perkara yang sama. Kami bercinta normal, sama macam orang lain. Bukannya seperti tidak boleh bertemu di luar jika kami mahu.

“Kami keluar dan menghabiskan masa bersama, makan makanan yang sedap-sedap bersama dan kami sangat gembira,” ujarnya.

Kwang Soo berkata demikian dalam satu temu bual bersama Sports Chosun untuk mempromosikan filem terbaharunya berjudul Sinkhole baru-baru ini.

Selain Kwang Soo, Sinkhole juga dibintangi oleh Cha Seung Won, Kim Sung Kyun dan ramai lagi.

Kwang Soo dan Sun Bin menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2018 selepas berkenalan melalui Running Man.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber / kredit foto: Soompi