Muhammad Firdaus
Wed Apr 17 2024
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan.
Tersalah Tengok Masa Penerbangan
Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM).
Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya menerusi hantaran di Facebook. Menurutnya, bukan adiknya seorang sahaja yang terlepas penerbangan tersebut, malah ramai yang mengalami nasib yang sama.
"Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke Semenanjung. Baru perasan ada juga Air Asia buat penerbangan 1.15 pagi Sandakan ke Kuala Lumpur.
"Aku ingatkan adik aku saja tertinggal flight rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak di mention "AM" atau "PM". Hanya dia mention 1.15 tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi or petang. Auto burn tiket berharga RM 5++. Bila cek harini harga tiket RM 1,200 one way," katanya.Zarul Umbrella Titip Pesanan
Isu tersebut turut mendapat perhatian oleh penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Umbrella, yang menitipkan pesanan untuk semua pengguna dan syarikat penerbangan menerusi entri Instagramnya.
"Semoga bagi pengajaran kepada semua baik pengguna atau pun syarikat penerbangan. Benda simple selalu kita lalai dan terlepas pandang.
"Kalau ikutkan dia kena keluar rumah pada 14 hari bulan, sekitar jam 2200-2315hrs (sistem 24 jam) dan berada di gate pada 0015 15 hari bulan," kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan pengguna itu yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak penerbangan kerana kesalahan diri sendiri.
"Bukankah biasanya syarikat penerbangan memang guna format 24 jam?"
"Sedihnya dah besar panjang pun tak tahu sistem 24 jam,"
"Kan dari dulu memang sistem 24 jam. Takkan tak biasa booking sebelum ni?"
Setakat artikel ini ditulis, entri yang dibuat oleh Zarul itu meraih lebih 2,000 tanda suka di Instagram.Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.
“She’s A Good Person” - Amir Ahnaf Akui Kenal Sarah Yasmine Menerusi Anna Jobling
Nama kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine seakan-akan tidak lekang daripada disebut dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Membongkarkan skandal satu per satu selebriti-selebriti yang pernah bersamanya, Sarah Yasmine seolah-olah mengenali ramai artis di negara ini. Pernah bertemu wanita tersebut, pelakon Amir
Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"
Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima menggesa wanita kelahiran Singapura yang mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine segera berhenti daripada terus melondehkan kisah artis Malaysia.
Rancak Guna L U S M Di Instagram, Netizen Kecam Ruhainies Adik-Beradik: “Ini Yang Korang Nak Percaya Permohonan Maaf...”
Selain itu, Ruhainies turut rancak melayan peminat di Instagram Story dengan menggunakan ringkasan-ringkasan sama.
Bukan Tatu ‘Butterfly’, Ameera Khan Tak Sangka Ada Alergi Inai - “Kulit Saya Mula Terkopek & Berdarah”
Ameera respons mengenai dakwaan dia ada tatu.