So aku tengah baca karya Hamka, Lembaga Budi. Dalam ni ada dinukilkan 17 penyakit budi dan cacat perangai menurut Muhyidin Ibnu Arabi.

17 perangai ni boleh kita usaha hilangkan kalau nak hidup yang lebih baik.

Tak syok lah kalau tahu sorang-sorang je kan? Ini adalah perkongsian (thread).

1. FUJUR

Maksudnya hanyut dengan hawa nafsu. Ikut apa saja yang hawa nafsu nak, sehingga tak malu untuk dilakukan secara terang-terangan. Membuatkan nilai diri jatuh.

2. SYARAH

Terlalu tamak dengan harta benda sampai sanggup gunakan jalan haram. Harga diri pun sanggup dijual semata-mata demi wang.

3. TABAZZUL

Berteman dengan orang yang rendah moral, duduk-duduk di majlis yang merosakkan dan bergurau senda melebihi batas. Ini termasuklah suka bercakap-cakap soal seks (atas tujuan merendahkan kehormatan).

4. SAFAH

Dalam bahasa mudah, cepat sentap. Sikit-sikit tersinggung. Mudah marah. Mudah membusukkan dan menyumpah seranah orang lain.

5. KHARQ

Suka bercakap pasal kepentingan diri dia saja. Hanya dia saja yang nak didengar. Kalau diberi apa-apa pertanyaan, dia sajalah hendak jadi orang pertama menjawab, tanpa fikir kena atau tidak jawapannya, asalkan boleh bercakap dan dilihat bijak.

6. QASAWAH

Hati penuh benci dan dendam. Perasaan itu seolah nikmat baginya. Sehingga tak kisah atau tersentuh langsung melihat orang lain dalam kesusahan.

7. KHADAR

Mungkir janji setelah menjanjikan keamanan diri / keampunan kepada seorang pemberontak, sehingga pemberontak tersebut menyerah diri kerana percaya apa yang dijanjikan.

"Kalau orang-orang besar berbuat curang seperti ini, cacatlah sejarah hidupnya".

8. KHIANAT

Pecah amanah, baik dari segi harta benda, kehormatan diri atau rahsia peribadi. Termasuk juga suka putar belit kata-kata orang untuk sengaja timbulkan salah faham.

9. MEMBUKA RAHSIA

Membuka rahsia untuk tujuan membangga-bangga, mencari kemegahan (kerana dekat dengan orang tertentu sehingga boleh tahu rahsia tersebut). Suka menyebar berita yang dibuat-buat untuk keruhkan suasana sampai pecah belah hubungan orang lain yang asalnya baik.

10. TAKBUR

Mendabik dada memuji diri sendiri. Dia sajalah yang lebih dari orang lain, dia sajalah yang benar dan betul, yang paling berjasa dan paling tiada cacat cela.

Orang sebegini akhirnya terpencil sendirian kerana mudah membuat orang lain muak dan bosan.

11. KHABATS

Simpan niat jahat pada orang lain. Menggunakan tipu daya sehingga membuat orang lain rugi dan menderita. Termasuk juga berpura-pura tersenyum dan baik di hadapan orang yang dibenci dengan niat ingin membalas dendam.

12. BAKHIL

Tujuan hidupnya hanyalah harta. Tak mahu keluarkan harta untuk kepentingan umum, sehingga menjadi kaya raya hanya untuk diri sendiri saja. Dirinya sendiri pun dikunci asal harta tak keluar.

13. JUBUN

Takut dengan tanggungjawab. Pengecut untuk hadap akibat perbuatan sendiri.

Orang yang takut mati, semangatnya lebih dahulu telah mati.

14. HASAD

Rasa sakit dalam hati bila tengok nikmat yang orang lain ada. Sakit hatinya itu hanya akan hilang bila melihat orang jatuh.

15. JAZA'

Takut menghadapi kesusahan.

16. SHAGHIRUL HIMMAH

Jiwa kecil. Tidak ada cita-cita. Kalau ada pun, cita-citanya sangat terbatas. Apabila memberi sedikit, sudah rasa memberi dengan sangat banyak.

Tidak layak sekiranya pemegang kuasa (pemimpin) dipilih dalam kalangan orang yang kecil jiwanya.

Dan akhir sekali,

17. AL-JAUR

Keluar dari garis kesederhanaan dalam tingkah laku (berlebihan atau sangat kurang). Terlalu boros berbelanja (atau terlalu bakhil). Berbuat sesuatu tidak sesuai tempat dan masa. Berlebih-lebihan meminta hak sampai lupa kewajipan sendiri.

Sekian, itulah 17 perangai buruk yang menjadi pusat dari keburukan-keburukan lagi dan boleh mencacatkan peribadi.

Serious masa baca tu rasa tertampar-tampar pulak muka ni. Nanti kalau ada yang menarik lagi, aku share okay. Dah, nak sambung date dengan buku.

Terima kasih.

Kredit Gambar: Google

Kisah ini dikongsi oleh Aishah Rahim di Twitter menggunakan akaun Twitter @_aishahrahim. Perkongsian beliau mendapat lebih 3 ribu Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]