Semasa masih berkahwin, bapa kandung tak balik rumah jenguk anak-anak. Seronok dengan kehidupan di luar rumah. Ada makwe lain. Join geng rider motosikal berkuasa tinggi.
Kemudian lafaz cerai terhadap ibu kandung (anak guam saya) di luar mahkamah. Perceraian disahkan mahkamah syariah. Hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak diberi kepada ibu.
Semasa perbicaraan nafkah, bapa maklumkan kepada mahkamah bahawa gajinya kecil. Banyak komitmen bulanan. Nak kena tanggung isteri baru dan keluarga baru pula. Seboleh-bolehnya nak mohon bayar nafkah ciput saja untuk ketiga-tiga anak. Tak mampu katanya.
Ibu bangkit mengutip semangat yang hilang, cuba membina kehidupan baru, berdikari atas kaki sendiri sebagai ibu tunggal. Nafkah anak-anak culas dibayar bapa. Ibu terpaksa berhempas-pulas nak beri makan pakai untuk anak-anak.
Selepas perceraian, ibu dapat tawaran bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Bukan calang-calang jawatan. Bukan mudah untuk melepasi requirement kerajaan Arab Saudi. Mungkin rezeki Allah untuknya dan anak-anak. Segala kemudahan diberi majikan, bukan sahaja untuk pekerja, bahkan juga untuk ahli keluarga.
Anak-anak didaftarkan bersekolah di International School di sana. Yurannya saja mencecah puluhan ribu bagi setiap anak. Ada pengasuh, ada driver, tinggal di vila, pendek kata kehidupan mereka selesa, selamat, terjamin, gembira dan bahagia di sana.
Bila dapat tahu ibu dan anak-anak sudah tiada di Malaysia, bapa failkan permohonan baru ke mahkamah syariah untuk menukar perintah hadhanah (hak penjagaan anak-anak). Mungkin tiba-tiba bapa dah jadi kaya sekarang dan sudah mampu bela anak-anak.
Walhal selepas perceraian, semasa ibu dan anak-anak berada di Malaysia, hak lawatan yang diberi oleh mahkamah tidak dimanfaatkan pun oleh bapa. Kata bapa nak datang jemput anak-anak, berhari-hari anak-anak tunggu, tapi bapa tak muncul-muncul. Nafkah juga selalu culas, hinggakan tunggakan nafkah anak-anak yang belum dibayar kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bapa bertindak lebih lagi. Ego seorang lelaki bila mengetahui bekas isteri dan anak-anaknya sedang bahagia di luar negara. Kali ini bapa memohon mahkamah syariah mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga anaknya dibawa ke luar negara. Kononnya kerana risaukan keselamatan dan keberadaan anak-anaknya. Kononnya kerana tidak percaya ibu dapat menjaga anak-anak dengan baik di tempat orang.
Mahkamah syariah keluarkan perintah sekatan keluar negara untuk anak-anak tanpa kehadiran ibu. Kononnya bapa telah serahkan saman kepada ibu, tapi ibu enggan hadir. Walhal pada sepanjang masa, bapa sudah maklum yang ibu sedang tinggal dan bekerja di luar negara.
Ibu sudah melantik peguam syarie di Malaysia, wakalah telah ditandatangani. Serahan saman permohonan injunksi sepatutnya boleh dibuat secara sempurna kepada peguam syarie yang mewakili ibu. Peguam syarie yang mewakili ibu tentu akan hadir semasa pendengaran permohonan injunksi. Tetapi perkara ini tidak berlaku. Kerana bapa telah menyalahgunakan proses mahkamah.
Oleh kerana mahkamah syariah telah mengeluarkan perintah, Jabatan Imigresen Malaysia perlu akur. Ketiga-tiga anak tersebut telah dihalang untuk mengikut ibu mereka balik ke Riyadh pada 18 Ogos 2019 yang lalu. Mereka ditahan di KLIA dan tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Tiket penerbangan bertarikh 18 Ogos 2019 telah dibeli sejak bulan Januari 2019. Bapa memperolehi perintah sekatan keluar negara ke atas anak-anak pada bulan Mei 2019.
Apabila perkara ini diketahui oleh ibu, ibu telah berusaha ke sana sini untuk menarik balik arahan keluar negara oleh Jabatan Imigresen tersebut. Termasuklah memanjangkan perkara ini kepada perhatian Menteri Dalam Negeri.
Selepas insiden sedih tiga kanak-kanak disekat di KLIA pada 18 Ogos 2019, ego seorang lelaki masih tidak berpuas hati. Kali ini bapa membuat laporan polis bahawa ibu telah meninggalkan Malaysia tanpa membawa ketiga-tiga anaknya. Seolah-olah tindakan ibu ini sangat tidak bertanggung jawab dan membahayakan keselamatan anak-anaknya.
Kini bapa mohon polis mencari anak-anaknya dan menghantar anak-anak tersebut kepada bapa. Kononnya bapa sangat bimbang akan nasib anak-anak yang ditinggalkan di Malaysia oleh ibu, setelah ibu terbang pulang ke Arab Saudi.
Apa perasaan anda setelah membaca coretan saya ini?
Gambar dihantar oleh anak guam saya, ibu kepada ketiga-tiga kanak-kanak tersebut. Hatinya begitu perit, jiwanya sangat lara. Anak-anaknya dirampas dari hidupnya dengan cara yang keji.
Kata anak guam saya, dia perlu tenangkan hati dan mengadu kepada Allah. Minggu ini dia berkelana 700 km, dari Riyadh ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Tolong bagitahu saya, mahkamah syariah boleh selesaikan masalah ini tak? Jika tidak, saya komited untuk bawa kes ini ke mahkamah sivil.
Kredit Gambar: Asiah Abd Jalil
Kisah ini dikongsi oleh Asiah Abd Jalil, seorang peguam di Facebook beliau dan mendapat hampir 7,000 shares . Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Gempak Spot
Fri Aug 30 2019
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.
“She’s A Good Person” - Amir Ahnaf Akui Kenal Sarah Yasmine Menerusi Anna Jobling
Nama kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine seakan-akan tidak lekang daripada disebut dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Membongkarkan skandal satu per satu selebriti-selebriti yang pernah bersamanya, Sarah Yasmine seolah-olah mengenali ramai artis di negara ini. Pernah bertemu wanita tersebut, pelakon Amir