Personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan Malaysia, Farah Lee berkongsi detik cemas ketika kapal yang dinaikinya iaitu Grande Blu dalam misi global Sumud Flotilla (GSF) diserang rejim Zionis di perairan antarabangsa pagi Khamis.
Farah atau nama sebenarna Norfarahin Romli menerusi video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram mendedahkan kapal mereka disembur air dengan kuat oleh tentera Israel sebagai amaran untuk tidak meneruskan misi kemanusiaan mereka menuju ke Gaza.
Advertisement
Selain itu, video berkenaan juga turut merakamkan detik cemas di mana Farah mengangkat kedua belah tangannya ketika disuluh oleh tentera laut Israel.
Farah bagaimanapun menghadapi situasi itu dengan tenang.
“Detik sebelum Farah ditahan oleh regim Israel. Video ini sempat dihantar oleh Farah kepada team Childrity sebelum terputus hubungan dan disahkan ditahan oleh tentera Israel,” maklum admin yang memegang akaun Farah.
Selain Farah, aktivis lain iaitu Heliza, Hazwani Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli yang berada dalam tahanan selepas Kapal dinaiki mereka dipintas oleh tentera Israel.
Tiga lagi rakyat Malaysia di atas Kapal Alma iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga berdepan nasib sama selepas kapal berkenaan dipintas pada jam 9.44 malam waktu Gaza.