Skip to main content

Hiburan

Kaabah Jadi Saksi, Neera Azizi Buat ‘Gender Reveal’ Anak Sulung - “Kami Akan Dianugerahkan..."

df

Sekilas

  • Neera Azizi mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya.
  • Perkongsian dibuat melalui video di Threads yang memaparkan momen keluarga meneka jantina bayi.
  • Neera berkahwin dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai dalam majlis tertutup di Subang Jaya.

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan, anak pertama hasil perkahwinannya.

Perkongsian itu dibuat Neera menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi Instagram, memaparkan momen istimewa bersama ahli keluarga yang berkumpul untuk meneka jantina bayi yang bakal dilahirkan.

Dalam video berkenaan, suasana penuh debaran jelas terpancar sebelum Neera dan suaminya membuka sebuah sampul surat berlatarbelakangkan Kaabah sebagai simbolik keberkatan.

Detik paling mencuri perhatian apabila mereka membuka kad di dalam sampul tersebut yang tertulis ayat: 

“Congrats, it’s a girl,” tulis di kad itu. 

Neera atau nama sebenarnya Nur Azneera Azizi turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut.

“Alhamdulillah Kaabah menjadi saksi kami akan dianugerahkan puteri pertama kami nanti. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat yang turut tumpang gembira dengan berita tersebut.

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor.

 

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement