Ringkasan AI
- Malique berkongsi foto pintu gerbang Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) di Tanjung Rambutan tanpa kapsyen.
- Foto tersebut menarik perhatian peminat dan menimbulkan tanda tanya mengenai tujuan lawatan Malique.
- Ramai mendoakan kebaikan untuk Malique dan ada yang menganggap dia mungkin melawat sahabatnya, penyanyi Yasin Sulaiman.
- Yasin baru-baru ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah.
- Walaupun dilepas, Yasin masih ditempatkan di HBUK mengikut perintah Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan kebenaran Sultan Selangor.
Perkongsian terbaharu penyanyi rap dan komposer terkenal, Malique kembali mendapat perhatian peminat.
Malique yang sinonim dengan panggilan Mr Ganeral itu telah memuat naik foto merakamkan bahagian pintu gerbang sebuah pusat perubatan iaitu Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan, Perak pada Rabu.
Foto yang dimuat naik tanpa sebarang penjelasan atau kapsyen itu ternyata mengundang tanda tanya peminat.
Bagaimanapun rata-rata mendoakan yang baik baik buat Malique dan tidak kurang juga ada yang meneka Mr Ganeral itu datang melawat sahabatnya iaitu penyanyi, Yasin Sulaiman.
Berikut merupakan antara komen netizen:


Sekadar info, pada 28 April lalu, Yasin menarik nafas lega apabila kekal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali selepas membenarkan rayuan akhir Yasin selaku perayu untuk mengetepikan hukuman Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan.
Meskipun dilepas dan dibebaskan, Yasin ditempatkan di HBUK selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.