Skip to main content

Hiburan

Minta Henti Tuding Jari, Intan Najuwa Seru Ibu Bapa Ambil Tanggungjawab - “Jagalah Anak Masing-Masing…”

Intan Najuwa

Pelakon, Datin Intan Najuwa menyeru orang ramai agar berhenti menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung isu jenayah yang melibatkan pelajar sekolah.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Intan menegaskan bahawa golongan ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dan peka dalam mendidik serta memantau anak-anak di era yang semakin mencabar kini.

Advertisement

“Cukuplah dengan sikap saling menuding jari. Apa yang kita perlukan sekarang ialah tanggungjawab dan tindakan.Semua orang mesti mainkan peranan, terutamanya kita sebagai ibu bapa. Semuanya bermula dari rumah.

“Tolong, jagalah anak masing-masing. Peka dengan setiap perubahan tingkah laku, sikap dan juga apa yang mereka bawa ke sekolah. Tiada perkara yang terlalu kecil untuk diambil peduli. Anak-anak ini ibarat kain putih, dan kitalah yang mencorakkannya.

Jika kita gagal membimbing mereka hari ini, masyarakat akan menanggung akibatnya esok.Jadi marilah kita buka mata, ambil tanggungjawab dan bertindak mulai sekarang,” katanya.



Pelakon drama Jodohku Babysitter itu turut berkongsi pengalaman peribadi mengenai cara didikan ibunya yang tegas namun membentuk dirinya menjadi insan yang lebih baik hari ini.

“Dulu mama saya selalu buat spot-check pada saya sampai umur 26 tahun, sehinggalah saya berkahwin. Waktu itu saya selalu rasa rimas tapi sekarang saya sedar sebenarnya dia hanya mahu lindungi saya.

“Dia membimbing, membentuk dan pastikan saya berada di landasan yang betul. Insya-Allah, cara didikan seperti ini memang berkesan. Saya juga akan lakukan perkara yang sama kepada anak perempuan saya. Kalau tidak, anak boleh hilang arah dan lebih teruk, boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Intan itu.

“Terima kasih sebab kongsi pendapat bernas. First time jumpa influencer yang share pendapat yang bijak.

“The classroom can shape minds,but the home shapes hearts. Bila rumah hilang arah, sekolah cuma mampu tampung luka yang dah lama terbuka.

“Pandangan yg tepat sekali, sentuhan yg pertama dan seterusnya tetap bermula di rumah. Kt sekolah, tempat kerja, ketika bsama masyarakat dll tu semua adalah terjemahan sentuhan dari rumah. Kalau elok, inshaallah elokla iya.

“Well apa yang Intan Najwa ckp semua aku repost Ahahahah.. Well done Intan Najwa.. Ini dikatakan dia guna otak sambil menaip.

“Tepat sekali. I agreed with you sis,” tulis netizen.

Terdahulu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan beberapa laporan media mengenai kes jenayah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah antaranya kes buli, rogol dan terbaharu kes seorang pelajar lelaki menikam pelajar perempuan tingkatan empat sehingga maut. 

Must-Watch Video

Advertisement