Skip to main content

Selebriti

Netizen Sebak, Dakwa Foto Tular Ardell Nampak Kesan Lebam Di Bahagian Pipi - “Menahan Sakit, Tapi Masih Mampu Bagi Senyuman…”

Netizen Sebak, Dakwa Foto Tular Ardell Nampak Kesan Lebam Di Bahagian Pipi

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dilaporkan mengalami kesan kecederaan koyak pada bahagian bahunya selepas menerima layanan kejam ketika berada dalam tahanan Zionis.

Tidak hanya bahu, Ardell juga ditarik rambut dengan kasar selain ditumbuk di bahagian muka oleh tentera Israel sehingga mengalami kecederaan.

Advertisement

Insiden yang berlaku kepada Ardell itu ternyata mengundang rasa marah netizen. 

Malah netizen juga mendakwa satu foto tular Ardell yang kelihatan seperti wajahnya bengkak dibahagian pipi turut mengundang rasa sebak netizen.

Rata-ratanya mendoakan agar Ardell yang kini dorawat di sebuah hospital di Istanbul segera sembuh.

 

Terdahulu, Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin memaklumkan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dilayan dengan kejam ketika berada dalam tahanan rejim Zionis baru-baru ini.

Pada Ahad, Ardell dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan susulan mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan sewaktu dalam tahanan tentera Israel.

Difahamkan pelakon itu menerima layanan kejam termasuk ditarik rambut dengan kasar, selain ditumbuk di bahagian muka oleh rejim zionis sehingga mengalami kecederaan ketika tentera Israel memintas kapal dinaiki sukarelawan berkenaan.

Khamis lalu, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan oleh tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa Gaza.

Must-Watch Video

Advertisement