Skip to main content

Hiburan

Rumah Tangga Musnah Kerana Orang Ketiga, Madam Mariyah Sah Bercerai Talak ???? - “Bila Saya Terjah Dia Sanggup Tolak Saya Sampai…"

madam

Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, usahawan, Madam Mariyah atau lebih dikenali sebagai Makcik Kemboja mengesahkan dia telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru semalam.

Menurut Mariyah atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, 50, penceraian tersebut berlaku selepas pelbagai kemelut dalam rumah tangga mereka termasuk kehadiran orang ketiga yang meruntuhkan hubungan tersebut.

Advertisement

“Secara rasminya semalam saya sah bercerai dengan Mr. S dengan talak satu. Bukannya seperti orang kata talak tiga atau talak sepuluh.

“Saya hadir ke mahkamah bersama peguam dan pembantu peribadi sahaja.

“Tapi terkejut bila Mr. S datang dengan dua pengawal peribadi, adik-beradik, kawan dan suku seramai lapan orang,” katanya.

Pendedahan itu dibuat secara eksklusif oleh Mariyah ketika ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di Opera Cafe & Lounge, Starhill Gallery, Bukit Bintang pada petang Rabu.

Selain itu, dia juga telah menuntut hak penjagaan anak, nafkah edah dan mutaah, namun pihak suami tidak bersetuju dengan sebarang tuntutan berkenaan dan meminta ia difailkan kemudian.

Lebih menyedihkan, Mariyah mendakwa punca keruntuhan rumah tangganya adalah disebabkan kewujudan orang ketiga yang digelarnya sebagai penyondol.

“Saya sedih sebab saya nampak sendiri Mr. S dengan penyondol itu dalam kereta.

“Lagi menyakitkan bila dia sendiri mengaku depan saya dan depan penyondol itu yang dia sayangkan perempuan tu.

“Saya pernah tangkap mereka bersama dalam kereta pada 3 Januari.

“Masa tu saya terjah. Isteri mana yang tak terkejut bila nampak suami sendiri dengan perempuan lain? Tapi dia pertahankan penyondol itu sampai sanggup tolak saya sampai jatuh dan kepala saya berdarah.

“Saya bukan nak buka aib. Saya tak pernah minta duit. Saya cuma nak dihargai dan disayangi. Kalau seorang suami itu baik, dia akan pertahankan rumah tangga dia,” ujarnya dengan nada sebak.

Tambahnya lagi, selama enam bulan suaminya tidak pulang ke rumah dan dia tidak pernah mencari atau menghubungi lelaki berkenaan kerana mahu melihat sama ada suaminya akan kembali atau tidak.

“Dia sendiri yang keluar dari rumah, bukan saya halau. Itu mestilah sebab penyondol,” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan itu pernah mencetuskan kontroversi apabila Mr. S menceraikan Mariyah secara terbuka menerusi sesi siaran langsung di media sosial dengan lafaz talak yang ditaip di ruangan komen, disaksikan lebih 200 penonton.

Must-Watch Video

Advertisement