Skip to main content

Viral

Suara Mirip Bruno Mars, Nuim Akui Tertekan Dengan Perbandingan - "Gelaran Itu Agak Berat Untuk Saya"

Astro Gempak nuim

Sekilas

  • Nuim, penyanyi baharu berusia 29 tahun, sering dibandingkan dengan Bruno Mars kerana tona suara dan teknik nyanyiannya yang emosional.
  • Beliau memulakan kerjaya melalui program uji bakat seperti I Can See Your Voice sebelum membina kehadiran di media sosial.
  • Nuim aktif menghasilkan cover lagu dalam pelbagai bahasa di TikTok dan Instagram, menarik perhatian ramai pengguna.

Penyanyi baharu, Nuim, 29, semakin mendapat perhatian apabila sering dibandingkan dengan penyanyi antarabangsa Bruno Mars kerana tona suara dan teknik nyanyiannya yang penuh emosi.

Perbandingan tersebut bagaimanapun disifatkan sebagai satu pujian besar, namun pada masa sama turut menjadi cabaran buat dirinya untuk membawa identiti sendiri dalam industri muzik.

“Sebenarnya gelaran itu agak berat untuk saya. Tapi pada masa sama, saya faham kenapa orang kata begitu, sebab banyak teknik nyanyian saya memang dipengaruhi oleh Bruno.

“Dari kecil lagi saya memang selalu dengar lagu dia. Boleh kata setiap hari saya dengar, ulang-ulang. Lama-kelamaan gaya nyanyian itu memang melekat juga dalam cara saya menyanyi,” katanya.

Nuim menjelaskan bahawa perjalanan seninya tidak bermula sebagai pempengaruh seperti yang disangka ramai, sebaliknya melalui platform uji bakat yang menjadi titik permulaan dalam dunia hiburan.

“Ramai ingat saya bermula sebagai pempengaruh, tapi sebenarnya tidak. Saya bermula melalui program-program uji bakat yang ada dalam industri hiburan.

“Antara yang paling awal adalah apabila saya berjaya masuk rancangan televisyen I Can See Your Voice, sekitar dua tahun sebelum pandemik Covid-19. Dari situ sebenarnya perjalanan saya dalam industri mula bergerak. Boleh kata itulah batu loncatan pertama saya,” jelasnya.

Selepas itu, Nuim mula membina kehadiran di media sosial dengan menghasilkan kandungan nyanyian semula lagu dalam pelbagai bahasa yang menarik perhatian pengguna.

“Selepas program itu, saya mula fokus buat konten. Saya aktif di TikTok dan Instagram. Di TikTok, saya suka buat cover lagu dalam pelbagai bahasa, contohnya Korea, Jepun, Inggeris, Melayu malah Cina juga ada.

"Tapi sebenarnya kebanyakan bahasa itu saya hanya tahu sebut sahaja,” katanya sambil tersenyum.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement