Skip to main content

Indonesia

Tak Puas Hati Dipenjara 9 Tahun, Vadel Badjideh Mahu Gali Kubur Janin Anak Lola Untuk Uji DNA

Tak Puas Hati Dipenjara 9 Tahun, Vadel Badjideh Mahu Gali Kubur Janin Anak Lola Untuk Uji DNA

Kisah perseteruan Vadel Badjideh yang dilaporkan sehingga dipenjarakan oleh ibu kekasihnya, Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani atau Lolly masuk ke babak baharu.

Selepas dijatuhi hukuman penjara 9 tahun dan denda kerana didapati bersalah melakukan hubungan seks bersama gadis di bawah umur serta memaksa Lolly menggugurkan janin kandungan mereka, pihak peguam yang mewakili pempengaruh media sosial itu mahu melakukan bantahan.

Advertisement

Peguam Vadel, Oya Abdul Malik mengatakan siap untuk membuat permohonan untuk menggali kubur janin anak Lolly bagi melakukan ujian DNA.

Menurut Oya pembuktian secara ilmiah iaitu dengan melakukan padanan DNA mungkin akan membuat fakta ‘terbalik’.

“Iya kami akan buktikan. Digali semula kubur janin dilakukan ujian DNA,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.

Pernyataan itu dengan erti kata lain pihak Videl berasa janin anak yang dikandung Lolly mungkin bukan hasil persetubuhan bersama kliennya.

Oya juga menambah mereka akan bersikap agresif bukan untuk menafikan perbuatan anak guamnya melakukan kesalahan tetapi ingin melihat keadilan yang lebih telus.

“Saya tidak membenarkan perbuatan yang dilakukan Vadel terhadap Lolly tetapi ini juga tidak bermakna hanya dia seorang sahaja yang patut menanggung kesalahan.

“Misalnya jika ada perkara yang tidak dia lakukan, mengapa perlu dia menanggungnya?” ujar Oya.

Lolly diketahui menggugurkan kandungan atas saranan Vadel pada tahun 2024. Namun usia kandungannya tidak pernah didedahkan.

Must-Watch Video

Advertisement