Skip to main content

Hiburan

Tular Lelaki Berkebaya Sambut Aidilfitri, Hatta Dolmat Pesan Fikir Perasaan Ibu Bapa - “Janganlah Digalakkan…”

Hatta Dolmat

Sekilas

  • Seorang individu di Threads meluahkan kebimbangan tentang trend lelaki memakai baju kebaya semasa Aidilfitri yang semakin mendapat perhatian.
  • Pereka fesyen Hatta Dolmat menasihati golongan muda supaya menghormati perasaan ibu bapa dengan memilih pakaian yang sesuai mengikut jantina.
  • Hatta menegaskan pentingnya pendekatan lembut dalam memberi teguran dan mengakui lelaki boleh bersifat lembut tetapi perlu menjaga batas dan penampilan.
Advertisement

Di Threads, tular perkongsian seorang individu yang meluahkan rasa gusar akan trend lelaki menyerupai wanita dengan memakai baju kebaya sewaktu menyambut Aidilfitri.

Persoal individu itu, adakah perkara tersebut sudah menjadi trend dan satu kebiasaan sehinggakan ada juga pihak lain yang seakan menyokong tindakan sebegitu rupa.

Advertisement

“Jadi sekarang ini kita normalise sokong lelaki pakai baju kebaya ke? Konfius gila,” luahnya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian pereka fesyen, Hatta Dolmat yang tampil memberikan teguran.

Menerusi ruangan komen, Hatta menasihati agar golongan muda mengutamakan perasaan ibu bapa serta keluarga dengan cara mengenakan gaya pakaian yang sesuai dengan jantina.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Hatta menegaskan bahawa pendekatan yang lebih lembut perlu digunakan dalam memberi nasihat dan teguran kepada anak muda yang mungkin tersilap langkah.

“Tak boleh biasakan, yang salah janganlah digalakkan, tapi nak tegur pun budak sekarang kena dengan pendekatan berbeza. Jangan terus dimaki caci,” balas Hatta.

Dalam pada itu, Hatta berpendapat adalah tidak salah jika seseorang lelaki itu mempunyai karakter lembut namun, harus ada batasnya.

“Dilahirkan lembut itu tak salah, tetapi pembawakan diri dan pengaruh perlu dijaga dan dipantau. Harap adik kebaya masih fikir perasaan mak ayah dan keluarga. Lelaki pun banyak saja baju lawa-lawa boleh pakai, kan?” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement