Bunga Citra Lestari kembali duduk di kerusi juri Indonesian Idol dalam pergelaran Result and Reunion Show Indonesian Idol X yang berlangsung di Studio RCTI Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada Senin (2/3/2020).
Kemunculannya setelah absen lantaran meninggalnya sang suami, Ashraf Sinclair belum lama ini disambut haru dan dukungan penuh oleh semua yang hadir.
Ia pun digelar sebagai wanita kuat dan hebat karena kembali menjalani kehidupan tanpa sang suami yang telah bersamanya selama 11 tahun.
Namun ternyata perasaannya yang telah kehilangan belahan jiwanya itu masih terasa dan mendalam.
Bunga Citra Lestari alias BCL banjir air mata saat salah satu juri, Judika memperkenalkan lagu barunya, Tak Mungkin Bersama.
Penyanyi itu sempat dilihat berkali-kali menghapus air mata yang mengalir deras di pipinya, malah di satu saat, Ari Lasso memeluknya yang tak kuasa menahan kesedihan saat menonton persembahan dan menghayati lirik lagu teranyar dari Judika itu.
Tak Mungkin Bersama adalah lagu tentang kehilangan seseorang yang dicintai.
Bukan hanya BCL, Judika juga dilihat menahan sebak saat melantunkan lagu tersebut dan seisi studio juga berada dalam suasana haru.
Judika juga sempat memberikan pujian kepada BCL yang cukup kuat dan tabah kehilangan Ashraf buat selama lamanya.
“Boleh tepuk tangan buat Unge. Satu orang yang sangat mengajarkan saya banyak hal, wanita yang sangat kuat, tetap kuat kami support Unge,” ucap Judika.
Permintaan itu disambut penuh haru dan semangat oleh semua yang ada.
Sumber: YouTube RCTI
Oleh: Maliah Surip
Gempak ID
Tue Mar 03 2020
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.
“She’s A Good Person” - Amir Ahnaf Akui Kenal Sarah Yasmine Menerusi Anna Jobling
Nama kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine seakan-akan tidak lekang daripada disebut dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Membongkarkan skandal satu per satu selebriti-selebriti yang pernah bersamanya, Sarah Yasmine seolah-olah mengenali ramai artis di negara ini. Pernah bertemu wanita tersebut, pelakon Amir
Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"
Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima menggesa wanita kelahiran Singapura yang mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine segera berhenti daripada terus melondehkan kisah artis Malaysia.