Pada perkongsian Nourul atau Nurul Wahab beberapa hari lalu di akaun Instagramnya, dia berkongsi kesedihannya mengenangkan arwah Mak yang sudah pergi menyahut panggilan Illahi. Ketika sibuk membuat biskut Peanut Butter, Nourul tidak dapat menahan sebaknya apabila terkenangkan memori kala bersama arwah Mak menjelang Lebaran ketika arwah masih hidup. Biskut tersebut antara yang mesti mereka dua beranak sediakan pada Hari Raya.

Nourul berkata untuk posting tersebut, dia tidak mampu untuk merakamkan video kerana pasti akan menangis nanti. Jadi, hanya sekeping gambar itu dimuatnaiknya.


Apa kenangan hari raya hangpa? Setiap orang ada kenangan. Especially dengan mak. Lebih2 lagi kalu mak dah takdak kat dunia ni . Untuk posting ni takleh buat video. Sat lagi kami nangeh keluaq hinguih (hingus). Dok tulis ni pun dah dok menderu . Mak mertua pulak mai. Okay sorok emosi ? . Memang ni kami buat every year. Semua adik beradik kami. Mana ada sapa sapa boleh ganti mak. Walaupun mak mertua kita baik. Mak kita tetap satu. . Peanut butter cookies ni kalau buat memang menggamit memori dan mwncengkam emosi?? . Semoga arwah mak bahagia di sana. Semoga syurga firdausi menjadi miliknya. Amin amin amin ya rabbalalamin. Al fatihah . Sapa yang ada mak. Walaupun tak boleh balik kali ni, bersyukur lah. Dia masih ada di atas bumi. Bukan dalam bumi. . Jangan stress. Phone call, video call kan boleh. Sabaq lah. Soon habih la #covid19 ni. Bagi pupuih haibh2. Nanti takdaklah #pkp . Kami rindu mak kami!!!! ??????????? . Okay. Nangeh! Bye ? .

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on





Sebaik Mana Mak Mentua Tetap Tak Sama

Sesesiapa yang rajin follow Nourul di Instagramnya pasti tahu yang dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu bapa mentuanya. Mereka kelihatan sangat mesra dan boleh tinggal bersama. Walaupun ibu mentuanya sangat baik, namun kata Nourul ia tetap tidak sama dengan ibu sendiri. Maklumlah, kita lahir dari rahimnya dan membesar daripada tapak tangannya, pastilah tiada siapa mampu menandingi kasih-sayang itu.

Nourul anak ke empat. Ibu Nourul yang bernama Salmah itu seorang misi dan disifatkannya sebagai seorang yang sangat hebat, suka membantu orang, penyabar dan baik hati.




Sempena #hariibu2020 . Semua kita yang anak perempuan , bila jadi mak; mak lah sumber rujukan kita dan kita jadikan contoh untuk kita sebagai ibu. Kami pun sama . Mak kami misi salmah atau salmah ibrahim sangat hebat. Anak 15 orang. Kami yang 4 dah haqu. Kami qeja dari rumah. Dia qeja di klinik, kena pi melawat. Kena jumpa pesakit. Ibu mengandung, cucuk anak, dan check anak anak. Pi melawat. Pi buat home labour (yang beranak di rumah) . Kami tau ada follower kami ada lah anak anak yang mak kami tolong beranakkan dulu. Kami bangga dengan mak kami . Penyabaq , baik hati , suka menolong orang (jadi nurse memang diajaq kena ringan tulang tolong orang) . Hangpa risau hangpa tak boleh balik beraya jumpa mak ayah? . Kami menanggung rindu yang tak sudah tak dapat jumpa mak abah kami lagi kerana dah lam dijemput illahi. Mak pada 1/8/2003. Abah 3/10/1997. . Sesiapa yang masih ada mak abah di dunia ni, hangpa bertuah. Jagalah depa. Sebab nanti bila depa dah takdak, rasa sedikit okay sebab masa depa hidup kita bagi semua apa depa nak. Buat apa semua yang depa suruh. Itu yang kami rasa. . Tanggungjawab semua ibu sangat berat. Hanya yang dah jadi ibu tahu macam mana. . Selamat hari ibu buat semua ibu❤️ . Selamat hari ibu, mak. Hanya doa yang dapat uda bagi setiap hari. Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Terima kasih mak atas kasih sayang dan segalanya. Love you.❤️ #cintamati . #mother #mothersday dalam gambaq ni @ayu_ace masa kecik. Dan kami masa pi umrah denagn mak tahun 2000. Paling seronok masa tu. Dapat spend time gila2 dengan mak selepas pindah kl dan selepas kawin. Kenangan indah yang kami simpan sampai kami mati???❤️ . Terima kasih @anakmisi hantaq gambaq mak drngan ayu

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on




Tak Dapat Balik Tahun Ini, Insya Allah Tahun Depan Ada Lagi

Seperti yang berlaku kepada kebanyakan perantau tahun ini, ramai yang tidak dapat merentas negeri untuk pulang berhari raya bersama ibu ayah dan keluarga. Nourul menitipkan nasihat agar kekal bertenang dan sabar kerana sesungguhnya ini hanyalah sebahagian daripada ujian kecil. Tidak dapat balik tahun ini tapi masih boleh buat video call, telefon dan mendengar suara mak ayah.


Bagi mereka yang sudah terpisah dari dua alam berbeza, lagi meruntun hati, saban tahun tidak mungkin dapat meraikannya bersama lagi. Jadi, jangan dustai nikmat yang masih Tuhan kurniakan itu. Nourulmohon semua pengikutnya berdoa banyak-banyak agar wabak Covid-19 ini segera dapat ditumpaskan dan kita boleh kembali kepada kehidupan seperti biasa.


Al-Fatihah buat kedua orang tua Nourul dan juga semua yang telah kehilangan orang tua mereka. Semoga kita bertemu mereka di syurga nanti. Amin. Selamat Hari Raya.