Lifestyle
Tak Sampai Sehari, 575 KG Sampah Dikutip - Laut Bukan Tong Sampah!
Secara jujurnya saya kecewa…
Kecewa apabila melihat jumlah sampah sarap yang terlalu banyak 'menghuni' pulau dan kawasan perairan kita. Seriously bagaimanalah hidupan laut berdepan dengan lambakan sampah yang dibuang oleh manusia?Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar di bawah. Botol, tin, plastik, puntung rokok dan banyak lagi.
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/mainreef.jpg)
MASIH ADA YANG PRIHATIN
Bagaimanapun mujur ada pihak-pihak bertanggungjawab memulihara alam sekitar dengan menjayakan program International Coastal Clean-Up (ICC 2018).Secara ringkasnya program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan laut dan mengetengahkan pentingnya pemuliharaan terumbu karang. Program terbabit berlangsung pada 21 hingga 23 September lalu dan berlangsung di Berjaya Tioman Resort (lokasi utama inisiatif pembersihan seluruh negara).
Ia sebagai sokongan International Year of the Reef (IYOR 2018). Aktiviti pemuliharaan dijalankan termasuk pembersihan pantai dan di laut.
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_0093.jpg)
Untuk makluman anda, ICC 2018 dianjurkan bersama Reef Check Malaysia, JCI Iskandar and Lions Clubs International District 308B1.
Bagi memastikan operasi program berjalan lancar program ini turut mendapat kerjasama Udive Malaysia, Moby-Tek Dive Centre and Scubaido. Tidak cukup dengan itu Jabatan Taman Laut Malaysia and Rumah Hijau Tioman juga turut memberi sokongan padu.
Paling best dan respect adalah individu yang menyertai misi pembersihan ini termasuklah penyelam, media, selebriti tempatan dan penaja.
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_0174.jpg)
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_0094.jpg)
Pembabitan kesemua pihak ini bukan 'tin kosong' sebaliknya banyak perkara yang diketengahkan terutama isu pembuangan sisa plastik yang menjadi ancaman serius terhadap persekitaran marin.
Kesemua perserta berada di Tioman selama tiga hari dua malam dan lokasi misi permbersihan marin dijalankan di Kampung Tekek, Pulau Tulai dan lima lokasi dive di sekitar pulau.
Hasilnya? Sebanyak 175 kilogram (KG) bahan buangan yang boleh dikitar semula berjaya dikumpul manakala barang yang tidak boleh dikitar mencatatkan jumlah sebanyak 400 KG. Ya 400 KG!!!
via GIPHYPlastik merupakan bahan paling banyak dibuang jika dibandingkan dengan bahan lain. Hampir setiap saat ada saja plastik ditemui dengan pelbagai bentuk dan jenis. Anda boleh lihat jenis bahan buangan pada carta di bawah.
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_chart-01_1.jpg)
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_1.jpg)
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_0033.jpg)
![](https://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/hanafis/iccd_0042.jpg)
Sampah sarap ini akan dibawa ke Rumah Hijau bagi menyusunan semula bahan yang boleh dikitar kepada produk baru. Hebat bukan?
Kalau anda yang terasa ingin membantu tetapi tiada masa untuk menyertai mana-mana program apa kata anda sokong pembelian T-shirt ‘Sea Warden’ daripada Rip Curl. Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada Reef Check Malaysia bagi kegunaan program pemuliharaan.
Selain Rip Curl banyak lagi nama besar yang turut menyokong program ini termasuklah GoPro Malaysia Singapore, Hypergear Malaysia, Victorinox Malaysia, Montanic, Carlsberg Malaysia dan CO3 Social Office. Tidak dilupakan J&A Productions yang bertanggungjawab mengambil gambar dan video bagi program ini.
Selain Tioman, program pemuliharaan dan pembersihan ini turut dijalankan di 84 lokasi lain seluruh Malaysia.
Must-Watch Video