Skip to main content

Viral

Usai Konsert Elite, Abby Abadi Dikejar Ke Hospital - "Badan Lemah, Itu Hilang Fokus"

abby_influenza

Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi, memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di hospital selepas mengalami demam panas ketika menjayakan Konsert Elite pada Sabtu.

Menurut Abby, keadaan kesihatannya mula terganggu sehari sebelum konsert ketika sesi latihan di Plenary Hall, KLCC.

Advertisement

“Balik dari rehearsel tu terus rasa tak sedap badan, tapi belum teruk lagi. Esoknya pagi sebelum konsert, ada latihan lagi dan masa tu badan dah mula rasa lain. Saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan,” jelasnya.

Meskipun berdepan sakit tekak dan selesema, Abby tetap turun padang bagi menjayakan persembahan bersama rakan-rakan sepasukan. Bagaimanapun, kelemahan fizikal menyebabkan fokusnya terganggu di atas pentas.

“Serius, lemah rasa badan. Itu yang hilang fokus. Saya minta maaf pada semua terutamanya anggota Elite, X Factor dan penonton yang hadir,” katanya lagi.

Selepas konsert selesai, Abby segera mendapatkan rawatan di hospital apabila suhu badannya mencecah 40 darjah Celsius. Hasil pemeriksaan darah mendapati Abby dijangkiti influenza.

“Berehatlah sekejap Abby Abadi. Konsert pun dah selesai. Semoga ia meninggalkan kenangan manis buat semua,” tulisnya di laman sosial sambil menitipkan doa agar ada hikmah di sebalik ujian tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement