Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman tidak melupakan dan mengabaikan menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) dan cucu lelakinya, Noah Sinclair yang menetap di Indonesia.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Khadijah atau dikenali sebagai Dida sering berkongsi foto BCL dan Noah yang disertakan dengan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan selepas pemergian anak lelakinya itu.

Dalam pada itu, Dida tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah putus mendokan keluarganya.

"MasyaAlllah. Ribuan ribuan terima kasih atas kata kata yang amat murni.

"Bunga amat disayangi dan menjadi inspirasi kepada ramai peminatnya.

"Kami nak lihat Noah membesar menjadi lelaki yang baik, bahagia dan penuh kasih sayang seperti ayahnya.

"Kemudian ada Aunty Aishah dan gadis-gadisnya, Uncle Adam dan Uncle Alam dengan Aunty Yuna dan Aunty Tasha.

"Noah juga mempunyai keluarga Mommies dengan sepupu muda yang akan membesar bersama dengannya.

"Insya-Allah, Allah swt mempunyai rancangan yang baik dan peduli untuk Noah. Amin," tulisnya di ruangan komen.

#mothers #movingon #bringingNoahup #loveisallaround #neveralone #youareamazing

A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on


Rata-rata pengikut memuji akan sikap ahli keluarga Sinclair malah ada yang mengimpikan ibu mertua seperti Dida.

"Ya Allah mertua idaman sangat.

"Mertua yang sangat baik.

"Ibu mertua yang baik hati dan penyayang.

"Masyaallah kita boleh lihat keluarga allahyarham datang dari kalangan orang penyayang," antara komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.