Pengacara Zulin Aziz naik angin apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang difahamkan terbabit dengan sindiket penipuan seperti yang didakwa netizen.

Tegas Zulin, perkenalannya dengan individu terbabit atas dasar kawan dan tiada kena-mengena dengan urusniaga lain.

"Bodoh manalah yang fitnah tak habis-habis ni.Aku dah rimas dengan komen tak habis-habis pasal scammer. Apa kena mengena dengan aku?

"Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia? Aku tak ada buat bisnes mahupun kaitan dengan gejala sosial yang lain. Aku pergi rumah masak-masak, main dengan anak-anak dia.

"Lainlah aku sahabat sehidup semati, duduk serumah ke apa. Ni nak jadi saksi pun tak layak sebab aku bukan selalu pun. Aku kenal je. Bangkai betul perangai sensorang. Haih," kata Zulin.

Tambah Zulin, tindakan memfitnahnya itu dianggap melampau dan tidak masuk akal.

"Dahla masih dalam siasatan, tak tahu betul ke tak, dah jatuhkan hukum sendiri. Kalau fitnah macam mana? Dosa fitnah korang ni lagi teruk dari dosa mereka agaknya.

"Sebarkan benda yang sahih dan bukti selepas dari siasatan. Bukan tengah jalan siasatan semua dok buat pandai. Masalahnya orang tak ada kena-mengena pun korang kaitkan.

"Aku sakit hati betullah. Tolong tag aku yang mana satu fitnah tu. Aku kena betulkan keadaan dan ambil tindakan.

"Korang ni naik lemak! Ingat diri tu Tuhan ke? Ingat awak tu baik sangat sampai semua orang nak dihentam.

"Korang carilah aku di akhirat. Aku takkan ampunkan walau sepatah fitnah pun ke atas aku. Aku dah angin sangat dah ni. Melampau-lampau.

"Jaga-jaga ya. Aku sedang perhati netizen mulut lahar. Kau nak lahar kalau aku ada salah aku tak kisah, tapi jangan fitnah orang! Bodoh betul!" kata Zulin lagi.

Bodoh mana lah yg fitnah tak habis2 ni.Aku dah rimas dengan comment2 tak habis2 pasal Scammer. Apa kena mengena dgn aku? . Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia?aku takde buat bisnes mahupun kaitan dengan gejala sosial yg lain.Aku pergi rumah masak2,main dengan anak2 dia. . Apa kena mengena aku pulak yg korang hebohkan?aku sampai sekarang hidup makan gaji,apa yg busuk hati sgt ni?. . Kalau mereka tangkap gambar dengan makcik jual nasi lemak pun korang viralkan makcik tu ke?makcik tu scammer ke? Pakai lah otak. Kita kawan dengan semua org,kalau kawan kita kena tangkap isap dadah,kita pun kena tangkap isap dadah ke? Lainlah aku sahabat sehidup semati,duduk serumah ke apa. Ni nak jadi saksi pun tak layak sebab aku bukan slalu pun.Aku kenal je.Bangkai betul perangai sensorang.Haih. . Dahla masih dalam siasatan,xtau betul ke tak,dah jatuhkan hukum sendiri.Kalau fitnah mcamana? Klau betul,kita semua doakan semoga Mereka dihukum.Kalau tak benar,sapa fitnah tu...sendiri mau ingat.Bukan fitnah mereka je,habis semua korang kaitkan. Dosa fitnah korang ni lg teruk dr dosa mereka agaknya. . Sebarkan benda yg sahih dan bukti selepas dari siasatan.Bukan tengah jalan siasatan semua dok buat pandai. Masalahnya org takde kena mengenapun korang kaitkan. Apa ke bodohnya korang ni xde keje ke?. Aku sakit hati betul lah. Aku keje hempas pulas,ade pulak yg fitnah aku pun sama sbbkan aku kenal je. Adil ke utk aku??.ko ingat aku kawan dengan siapa semua aku ambik tahu ke kisah hidup dia?aku bukan makcik bawang + aku tau batas bergaul dan jaga diri aku. . Tolog tag aku yg mana satu fitnah tu. aku kene betulkan keadaan dan ambil tindakan.Korang ni naik lemak! Ingat diri tu tuhan ke?ingat awak tu baik sangat sampai semua org nak dihentam. Esok lusa kena fitnah,kene kat ahli keluarga,kene kt batang hidung,baru tau! Ya Allah kau makbulkan doa2 org terniaya ni,amin ya rab?? . Korang carilah aku di akhirat. Aku xkan ampunkan walau sepatah fitnah pun keatas aku. Aku dah angin sangat dah ni.Melampau2 . Jaga2 yaa. Aku sedang perhati netizen mulut lahar .kau nak lahar kalau aku ada salah aku xkesah,tp jgn fitnah org! Bodoh betul!!!

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on