Cucu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Arif Jiwa Asyraf kini terbuka untuk menerima tawaran lakonan dan iklan.

Kata Asyraf, 26, dia dan isteri, Tya Ariffin terbuka untuk menerima sebarang tawaran untuk anaknya.

"Tiada masalah untuk Arif berlakon atau terbabit dengan iklan sebab tak semua mendapat peluang yang serupa.

"Cuma, ia bergantung pada apa yang sesuai untuk Arif misalnya program realiti atau iklan yang singkat," katanya Asyraf.

Asyraf sebelum ini pernah menolak beberapa tawaran kerana kurang bersesuaian.

Arif dinobatkan sebagai Bintang Cilik MeleTOP menerusi Anugerah MeleTOP Era (AME2018) pada Ahad lalu.

Kemenangan itu menumpaskan empat si cilik popular lain; Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Yusuf Iskandar dan Syeriv Samheizy.

Teks oleh: Amri Hassan