Penyanyi Adira Suhaimi semalam telah menarik semula permohonan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, pada petang Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.

Ketika ditemui di perkarangan mahkamah semalam, Adira berkata dia menganggap semua yang terjadi sebagai pengajaran besar buat dia dan suami.

“Ini semua pengajaran terbesar dalam hidup saya dan suami. Tapi itulah, lumrah berumah tangga ada pasang surutnya.

“Apa pun yang penting, berkat doa semua, demi anak-anak perkahwinan ini dapat diselamatkan,” katanya menerusi kemaskini posting di laman sosial Instagram (IG) Hlive.

Tambah Adira, dia tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa namun berharap agar netizen atau pihak luar menjadi batu api selepas ini.

Posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif warga net yang rata-ratanya mendoakan agar Adira dan suami lebih matang menangani masalah rumah tangga di masa hadapan.

Mereka turut memuji Adira dan suami kerana berjaya menjaga keharmonian rumah tangga dan mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, posting Hlive turut menarik perhatian isteri pertama Dato Red, iaitu Datin Red yang telah meninggalkan komen ringkas mendoakan kebahagiaan madunya.

“Semoga jodoh kamu berkekalan hingga ke jannah, semoga bahagia,” tulisnya.

Pada 1 April lalu, penyanyi berusia 28 tahun itu memfailkan perceraian terhadap Adnan, 49, tetapi permohonan tersebut dibantah ahli perniagaan terbabit.

Pada 9 Oktober lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat bagi perbicaraan permohonan cerai.

Hakim Mohd Faizal Habib bagaimanapun, menetapkan 17 Disember (semalam) sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu.

Adnan dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 2; Assan, 1 tahun dua bulan dan Anggun, tiga bulan.

Sumber/Foto: Instagram HLive