Menewaskan lima peserta lain, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV 4).
Aishah membawakan lagu All by Myself di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Liza Hanim di segmen battle.
Aishah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.
Penyanyi lagu Camar Yang Pulang itu turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.
Aishah turut memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza dan menerima hadiah istimewa daripada Datuk Vida.
Naib juara, Liza Hanim berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire, dan pakej percutian ke Turki sumbangan selamatbercuti.com.
Liza Hanim menerima barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM5,000 sumbangan Go Shop serta trofi.
Liza membawakan lagu Meniti Titian Usang di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Aishah di segmen battle.
Tempat ketiga yang dirangkul oleh Lan Solo berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire dan pakej percutian ke Boracay sumbangan selamatbercuti.com.
Lan turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi.
Lan Solo membawakan lagu Smells Like Teen Spirit di segmen solo serta menyanyikan lagu Amboi bersama Hazami di segmen battle.
Tempat keempat yang diraih oleh Hazami berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Jogjakarta sumbangan selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM3,000 sumbangan Go Shop serta trofi.
Hazami membawakan lagu Bahagiamu Deritaku di segmen solo serta menyanyikan lagu Amboi bersama Lan Solo di segmen battle.
Hazami turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000.
Tempat kelima yang dimenangi oleh Firman berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM2,000 sumbangan Go Shop serta trofi.
Firman Siagian membawakan lagu Drama King di segmen solo serta menyanyikan lagu Tepi Sikit bersama Tia Jinbara di segmen battle.
Tia Jinbara pula berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM1,000 sumbangan Go Shop serta trofi.
Tia Jinbara membawakan lagu Romancinta di segmen solo serta menyanyikan lagu Tepi Sikit bersama Firman di segmen battle.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh, diiringi oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV4, Dato' Seri Vida.
Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang berada di kerusi juri tetap manakala Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV4 bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Sun Dec 17 2017
Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Hukuman Siti Bainun Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, 12 Tahun Di Penjara Kajang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku pe
‘Bey Sobar Bey’ Mendunia, Juventus Guna Lagu Cinta Setandan Pisang Pada Salah Satu Video Di TikTok!
Lagu Cinta Setandan Pisang mendunia apabila ia digunakan dalam salah satu video di platform TikTok kelab bola sepak Juventus.
Pertama Kali Cipta Lagu Untuk Awie, Impian Ajai Jadi Realiti! - "Saya Dibesarkan Dengan Lagu-Lagunya"
Impian penyanyi dan komposer Ajai untuk bekerjasama dengan idolanya, Datuk Awie menjadi kenyataan menerusi lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak berjudul Cerita Rindu.
Sheriff: 14 Hari Tayangan Kaut RM44.5 Juta! Ramai Beri 10/10
Tahniah Sheriff.
Wakil Malaysia Menyanyi Di China, Sarah Yasmine Luah Rasa Bangga Dengan Bella Astillah
Kemelut rumah tangga yang dihadapi seakan-akan tidak mengganggu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk mencipta kejayaan sendiri dalam karier seninya. Mewakili negara untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, Bella mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain Sumandak Sabah nyanyian asal Velvet Aduk dan
The Weeknd Sumbang RM9.5 Juta Buat Bantuan Makanan Di Gaza
Penyanyi terkenal, The Weeknd sekali lagi menyalurkan derma RM11.7 juta daripada organisasi miliknya XO Humanitarian Fund dalam usaha menyediakan 18 juta keping roti untuk membantu keluarga di Gaza.
Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies
Tidak terganggu dengan kecaman, pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang. Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bakat yang dimiliki dua selebriti itu tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi yang dihadapi buat
Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Melampaunya sampai hina anak orang.
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Filem The Experts kerjasama dengan Calpis Soda.