Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan selepas lebih tiga tahun berkecimpung dalam dunia bisnes.

Jelas mereka, apa yang dikecapi bukanlah satu laluan yang mudah dan ini hanyalah permulaan untuk Aeril dan Wawa.



"Alhamdulillah, kami sudah mencapai apa yang disasarkan. Namun begitu, itu bukan salah satu sebab untuk saya dan Aeril terlalu selesa dan tidak berusaha lagi.

"Menerusi perniagaan Wawa Cosmetics, kami mempunyai stokis yang meningkat jualan. Kami mahu membantu orang lain. Apa yang kami dapat sekarang ini membuatkan kami mahu berkongsi rezeki. Saya dan Aeril percaya, semakin banyak kami berkongsi rezeki, semakin banyak yang kami dapat," kata Wawa.

eee lemak kat pipi tu boleh tak stay sampai lepas beranak pun?? comel sket pipi ada isi..comel ke idok? siapa ckp comel wawa belanja yg wawa pegang tu hahahaha #wawafantasydream @wawacosmeticshq

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

3 hari LAGI!!! . . . New limited edition.. UNICORN KIT EDITION @wawacosmeticshq .. Ok la wawa akan bagi pemenang bertuah utk dapat free.. mcm biasa la kite kan baik hati?cpt komen siapa NAK??. . Tapi. ..tapi wajib follow @wawacosmeticshq . ! Kadang2 nak pilih org Tu da tapi tgk tak cukup syarat sbb tak follow.. so now!! #wawafantasydream #wawaunicornkit

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

so yg mana satu korang nak? FANTASY ke DREAM??. dalam 1 box ada 2 lipmatte size besar,lip treatment,mineral powder blusher, dannnn.. FREE auto eyebrow pencil ??siapa NAK? . . @wawacosmeticshq #wawafantasydream #wawaunicornkit #comingsoon #9.9.19

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on


Wawa dan Aeril ditemui di majlis pelancaran Wawa Cosmetics edisi Wawa Unicorn Kit di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Tambah Aeril, mereka telah berjaya melahirkan dua 'leader' yang sudah meraih jualan sebanyak lebih RM2 juta dan RM1 juta.

"Di bawah seliaan saya dan Wawa terdapat enam orang 'leader'. Di bawah leader ini pula akan terdapat banyak stokis. Alhamdulillah, setakat ini, dua orang 'leader' sudah meraih jualan sebanyak lebih RM2 juta dan RM1 juta.

alhamdulillah hari ini kita da official launch #wawafantasydream #wawaunicornkit .. baru sehari launch team stokis&agent da meroket .. 20,000++ unit da terjual wlupun baru launch ?? Allahu akbar syukur ya rabb... siapa lagi nak jadi team @wawacosmeticshq ? sila DM nama /no phone & kawasan uall? again .. congrats to @jeebdeel.co sales 2m+ & @wawabeautykualalumpur sales 1m+ sepanjang utk januari-august 2019!! more #jutawanwawacosmetics soon???

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

@aeril_zafrel suruh kekal pkai tudung kemas mcm ni?? ok tak style ni?

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on


"Kami meletakkan sasaran baki empat 'leader' yang lain juga akan berjaya meraih jualan sebegitu sebelum hujung tahun ini. Sebenarnya, kami mendapat banyak tawaran untuk memasarkan produk ini di pasar raya, farmasi, aplikasi membeli-belah atas talian dan sebagainya, tetapi kami ada sebab tersendiri menggunakan khidmat 'leader'.

"Kami mahu berkongsi rezeki dan kami tidak mahu kaya sendiri. Ini cara kami dapat memberi semula kepada peminat yang selama ini tidak berhenti menyokong," kata Aeril pula.

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, Wawa Cosmetics mendapat sambutan hangat pengguna dan peminat yang menggemari kualiti produk yang dikeluarkan oleh pasangan suami isteri itu.

Dikeluarkan secara terhad, Wawa Cosmetics edisi Wawa Unicorn Kit ini sudah terjual lebih 25,000 unit sebelum pelancaran secara rasmi dibuat.

Kredit foto: Aqo Imran