Penghinaan ke atas agama Islam seolah-olah menjadi trend oleh pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk meraih perhatian.

Berikutlah yang boleh diperkatakan tentang satu saluran di YouTube yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan animasi berunsur sensitif.

Gambarkan Raut Wajah Rasulullah SAW

Lebih menyakitkan hati apabila pencipta animasi itu tanpa rasa bersalah menggambarkan raut wajah Rasulullah SAW serta menyebarkan cerita berdasarkan hadis yang diubah bagi tujuan menyesatkan penonton.

Perkara berkenaan ditularkan oleh pengguna di Platform X bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk melaporkan saluran tersebut supaya tindakan dapat diambil oleh pihak YouTube.

"Jom ramai-ramai report akaun ni! Mereka pun ada akaun X, tolong laporkan semua akaun yang mereka ada, mereka punya tahap menghina Nabi kita dah melampau!" tulis akaun itu.


Tuai Rasa Berang Netizen

Menjengah ke ruangan balas komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan penghinaan yang dilakukan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan saluran berikut.

"Melampau ni!"

"Sakit hati betul tengok benda ni, Allahu kau bagi lah pembalasan yang setimpal dengan pelaku ni,"

"Dah report lama dah tapi tak tahu bila nak banned ni,"

"Done report! Selagi ada video dorang dekat media sosial tolong report. Jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim."

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 600,000 tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: Taksub Dengan ‘Keturunan Nabi’, Ini Amaran Jabatan Perdana Menteri

BERITA TRENDING: Isu Cicit Nabi Muhammad, Benarkah Dakwaan Kerabat Diraja Jordan Merupakan Keturunan Rasulullah Yang Sebenar?


Sumber: Platform X