Jenama telefon pintar popular Apple telah melancarkan tiga model terbaru iPhone 11 yang mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih.

Model tersebut termasuklah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Apple iPhone 11 dilengkapi skrin 6.1 inci, iPhone 11 Pro 5.8-inci, sementara iPhone 11 Pro Max pula hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci.

Pada bahagian kamera, iPhone 11 menggunakan dua kamera 12MP yang mana satu daripada adalah lensa sudut ultra lebar.

Namun, apa yang lebih mengujakan netizen adalah kamera iPhone11 model pro yang dilengkapi tiga lensa iaitu kamera utama, kamera telefoto 12 megapixel dan kamera ultra-lebar 12 megapixel.

Di laman sosial Twitter, ramai netizen mula bergurau tentang rupa kamera tiga lensa tersebut.
How they get the idea of iPhone 11 ????#AppleEvent pic.twitter.com/IRMjVdTyqqMalah, ramai juga yang mempersendakan tiga lensa tersebut dengan fobia trypophobia iaitu golongan yang tidak selesa melihat bulatan.

Untuk mereka yang tidak kisah tentang rupa kamera tiga lensa ini, iPhone 11 akan mula ditawarkan di Malaysa pada 20 September 2019.