Anak gadis Krisdayanti, Aurel Hermansyah sedang menuju alam rumah tangga. Mengikut rencana, Aurel akan menikah dengan YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar dalam waktu terdekat.
Sebelum sah menjadi suami isteri, Aurel melakukan beberapa majlis atau adat yang biasa dilakukan menjelang pernikahan. Antaranya adalah acara siraman dan pengajian.
Dalam acara pengajian yang berlangsung semalam, Aurel menceritakan kisah sedih sewaktu dirinya ditinggalkan Krisdayanti setelah penyanyi dan ahli politik itu bercerai dengan ayahnya, Anang Hermansyah saat dia masih kecil.
Melalui ucapannya, Aurel mengaku menjalani kehidupan yang susah bersama Anang dan adik lelakinya, Azriel.
Mereka bertiga sempat tinggal di kediaman yang kecil dan tak punya makanan untuk dimakan, selain mi segera.
"Masa-masa yang tidak pernah Loly (panggilan bagi Aurel) lupakan adalah masa-masa kita tinggal di Radio Dalam. Aku, Jiel (panggilan Azriel) dan Pipi (Anang) benar-benar down hingga kita harus makan mi instan setiap hari, dari sahur hingga buka puasa.
Tidak pernah Pipi mengeluh, semua masih terekam di ingatan Loly tentang saat itu. Aku salute dengan kesabaran dan kekuatan Pipi yang akhirnya Pipi bisa bangkit dengan Bunda," tutur Aurel sebagaimana dikutip dari Detik.com.
Selain itu, Aurel juga merakamkan ucapan terima kasih buat ibunya, Krisdayanti. Sejak bernikah dengan Raul Lemos, hubungan Aurel dan Krisdayanti diketahui memang tidak akrab. Aurel tinggal bersama Anang dan ibu tirinya, Ashanty, sementara Krisdayanti bersama Raul dan dua anak mereka menetap di Timor Leste.
"Terima kasih Mimi telah melahirkan Loly ke dunia dan membuat Loly dapat merasakan dunia yang indah ini. Mimi adalah sosok yang mengajarkan pahit dan manisnya kehidupan.
"Mungkin aku tidak pernah mengatakan hal ini, tapi terima kasih untuk cintamu, terima kasih sudah sayang kepadaku, terima kasih sudah selalu mendoakanku, terima kasih untuk segala yang Mimi lakukan untukku," katanya.
Ucapan itu kemudian dibalas manis oleh Krisdayanti yang hadir seorang diri ke acara yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Jakarta Selatan, semalam.
Krisdayanti menjelaskan maksud di sebalik nama sebenar anak perempuannya, Titania Aurelie Nurhermansyah.
"Kenapa diberi nama Titan kerana kamu anak yang kuat dan besar. Melahirkanmu adalah sebuah keajaiban, sempat menyusuimu di saat aku masih muda adalah sebuah kurnia.
"Aku pernah menuntunmu di hari pertama masuk sekolah, menghantarmu meraih nilai dan budi pekerti luhur," ungkap Krisdayanti.
Dia kemudian menyambung mengaku saat Aurel menginjak dewasa, dirinya tidak ada di sisi.
"Memang Mimi tidak bisa berlama-lama untuk mengantarmu beranjak dewasa. Aku hanya mendoakanmu dan mencintaimu tanpa syarat. Semoga engkau menikmati perjalanan barumu," doanya.
Selain itu, dia juga mengungkapkan harapannya kepada Aurel untuk mengingat dirinya jika nanti sudah menikah dan mempunyai anak.
Bagi Krisdayanti, itu merupakan suatu kebahagiaan tersendiri.
"Aku tidak memintamu mencintaiku seluas samudera. Aku hanya ingin kamu mengingatku sedetik, kelak bila engkau menimang cucu pertamaku," ujar Krisdayanti.
Kredit Foto: Detik.com
Instagram: @sistawedding
Maliah Surip
Sun Mar 21 2021
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.