Seorang banduan yang diklasifikasikan sebagai penjenayah kejam di sebuah penjara di Venezuela telah terlepas daripada penjara selepas berjaya mengaburi mata warden dan pihak penjara tersebut.

Penjenayah tersebut, Manuel Lorenzo Ávila Alvarado berjaya lolos daripada Penjara El Libertador di Tocuyito selepas menyamar jadi wanita.

BERITA TRENDING: Pengawal Penjara Jelita Kantoi Jalin Hubungan Dengan Banduan, Sembang S*ks Di Telefon

Insiden berlaku pada pertengahan bulan ini sewaktu penjara menerima pengunjung untuk bertemu banduan di penjara.

BERITA TRENDING: Banduan Lari Dari Hospital Lepas Pembedahan Pada Kemaluan Yang Dijangkiti Akibat Keinginan Besarkan Zakar

Menerusi laporan media tempatan, El Carabobeño, banduan berusia 25 tahun tersebut berjaya keluar dengan penampilan baharunya sehingga tidak disedari pihak berkuasa dan tempatan.

Dilihat dari rakaman CCTV, Alvarado telah memakai rambut palsu berwarna perang dan berpakaian wanita, dipercayai diseludup masuk oleh kekasihnya. Dia kemudian keluar dari penjara dengan tenang sewaktu waktu melawat tanpa ada pengawal yang menahannya.

Dengan kehilangan Alvarado, pihak penjara sedang mengambil keterangan daripada para pengawal yang gagal mengesan penyamaran banduan tersebut.

PILIHAN PEMBACA: Tiga Banduan Liwat 'Junior' Dihukum Penjara, Sebat!