Penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 46, menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.

Mendedikasikan ucapan khas untuk isteri tercinta, Intan Nur Fathihah, Zarul mencoretkan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11, saya sayang dia sejak dari 2006 lagi, Alhamdulillah sampai ke hari ni Allah merahmati hubungan kasih sayang tak berbelah bagi ini," tulis Zarul.





Tambah pelantun lagu Bukalah Hatimu ini, ada pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya tidak mampu dibalas oleh Zarul.

"Banyak pengorbanan dia kat saya, yang tak perlu saya nyatakan kat sini dan ada pengorbanan yang saya tak mampu nk balas, hanya saya doakan syurga buat dia.

"Terima kasih buat isteri saya atas kasih sayang yang tak berbelah bagi selama ini dan doakan hubungan ini sampai ke Jannah," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengambil peluang untuk sama-sama mengucapkan tahniah atas sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Hari ni hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 11, saya sayang dia sejak dr 2006 lg, alhamdulillah sampai ke hari ni Allah merahmati hubungan kasih sayang tak berbelah bagi ini. Banyak pengorbanan dia kat saya, yg xperlu saya nyatakan kat sini, dan ada pengornanan yg saya tak mampu nk balas, hanya saya doakan syurga buat dia. Terima kasih buat isteri saya atas kasih sayang yg xberbelah bagi selama ini dan doakan hubungan ini sampai ke Jannah p/s ptg ni kita masak sama2 hehe

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on


Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.