Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam meluahkan rasa kecewa kerana barang kemas mewah jenama Chopard yang juga hantaran perkahwinannya hilang.

Berita sedih itu diluah menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Rebecca, dia tidak mahu menuduh pembantu rumahnya meskipun tiga dari mereka sentiasa diberi kebenaran untuk masuk ke bilik.

"Malam tadi saya kehilangan gelang dan rantai jenama Chopard yang juga hantaran kahwin saya.

"Ada tiga pembantu rumah saya yang dibenarkan masuk ke bilik untuk mengemas.

"Ramai puji pembantu rumah saya baik, saya pun tak mahu menuduh kerana saya tak nampak," kata Rebecca dalam video tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan mendoakan agar urusan mencari barang kemas tersebut dipermudahkan.

I’m speechless ?... . . #mrsazam #23122019 #RantaiDanGelangHantaranHilang ?

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on