Kalau sebelum ini Zareef terlibat dalam menjayakan iklan, kali ini dia melangkah setapak lagi dalam dunia lakonan apabila berlakon dalam drama Mak Cun musim yang kelima.

Rata-rata peminat memuji wajah kacak Zareef yang diwarisi daripada ayahnya Datuk Sri Eizlan Yusof, malah ada yang menyamakan kedudukan tahi lalat di atas bibir mereka.

"Hahaha punyalah Abang Ayeep (Zareef) stess sebab kena lumur dengan lumpur. Nabislah nak berlakon sangat Mak Cun 5," seloroh Eizlan ketika memuat naik satu video Zareef dilumur dengan lumpur untuk wataknya dalam Mak Cun.

Menurut temu bual Eizlan dengan Harian Metro, beliau memberitahu Zareef sendiri yang mahu membintangi drama bersiri Mak Cun dan bukanlah kerana paksaan dirinya, mahupun bekas isterinya Vie Santie.

Tambah beliau lagi, dia hanya akan membenarkan anak-anaknya melibatkan diri dalam bidang lakonan ketika cuti sekolah sahaja.

Bila Abang Ayeep @zareefyusofofficial 'beraksi' ngan Mama @noradanish #MakCun5

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on


Rata-rata peminat meninggalkan komen memuji Zareef yang bukan sahaja mewarisi bakat tetapi juga paras rupa ayahnya.

Kalau sebelum ini juga Instagram Zareef di 'private' kan, tetapi kini Eizlan lebih terbuka dengan membenarkan peminat mengikuti Instagram anaknnya itu.

Datuk Sri Eizlan Yusof mempunyai tiga orang cahaya mata bersama bekas isterinya Vie Santie iaitu Vie Zaara, 11 tahun, Zareef Yusof 9 tahun dan Vie Zaalia, 6 tahun.

Kredit Gambar: Instagram