Hiburan
Berkat 1 Ramadan, Dayana Amerda Selamat Bersalin Anak Sulung
Pelakon dan penyanyi Dayana Amerda, 21, telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 1.20 pagi hari Jumaat.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun media sosial suami Dayana, Hadi Mazlan dan ibunya, Aida Daud.
"Isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah," tulis Hadi.
Sementara itu, Aida turut meluahkan rasa gembira dan terujanya biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit membataskan urusan mereka sekeluarga.
"1 Ramadan rezeki besar buat kami. Selamat datang cucu nenek.
"Dia punya happy dan sebak tu tak boleh nak cakap. Lain rasanya.
"PKP ni sangat terbatas. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. Syukur," kongsi Aida.
Dayana dan Hadi yang pernah sama-sama membintangi drama Elly & Epit mendirikan rumah tangga pada Jun 2019.
Must-Watch Video