Personaliti media sosial, Nur Syamimia gagal menahan air mata ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Syamimia Mohon Hentikan Fitnah, Pergi Bercuti Tapi Diperli - “Segerombolan Lelaki Panggil Saya…

Hal itu disebabkan tindakan segelintir warganet yang masih meninggalkan komen berhubung isu tidak menggunakan pengaruhnya untuk memberi kesedaran mengenai isu peperangan di Palestin.

"Bila orang lain pernah berjudi, korang tutup sebelah mata sebab dia post pasal Palestin. Bila orang tu pernah minum arak, korang pun tutup sebelah mata sebab dia pun post pasal Palestin.

"Bila saya kongsikan tentang kebersihan rumah, kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak didik anak tapi satu sahaja silap saya, tak post pasal Palestin. Tak ada pula korang nak war-warkan benda elok.

"Adakah saya berjudi, adakah saya minum arak?" katanya.

BERITA TRENDING: Syamimia Mohon Maaf Isu Palestin & Patung David - “Saya Masih Muda & Buat Kesilapan”

Terdahulu, susulan kritikan warganet yang menyifatkan Syamimia tidak peka kepada saudara Islam di Palestin, pempengaruh itu tampil membuat permohonan maaf.

Namun, hal itu dilihat tidak menjernihkan keadaan.

PILIHAN PEMBACA: Syamimia Dikecam Enggan Kongsi Kesedaran Isu Palestin Di Media Sosial