Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sering mendapat perhatian orang ramai yang telah menontonnya.

Filem kegemaran ramai ini sering mendapat pujian dari segi mesej yang disampaikan, barisan pelakon dan kualiti dari segi keseluruhan.

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen berpuas hati dengan lakonan Remy Ishak dan barisan pelakon lain yang ditampilkan dalam filem ini.

Malah ada yang bukan penggemar filem Melayu turut menyukai Sangkar dan memuji lakonan Remy.







Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Selain Remy, Sangkar turut dibintangi Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, Sangkar turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!