Sangat menyeronokkan apabila kita dapat belajar menghasilkan juadah yang enak dengan pelbagai kreativiti dan imaginasi sendiri. Kerana itu produk KAWAN yang bermutu dan disukai ramai mengadakan Cabaran Dapur Instafamous bersama Chef Selebriti Nik Michael.



Cabaran Dapur Instafamous berkongsi resepi kreatif daripada Chef Nik Michael yang menunjukkan cara bagaimana menghasilkan sesuatu yang menarik menggunakan sebarang produk daripada KAWAN.



Dalam episod pertama, Chef Nik Michael menghasilkan ‘Malabar Roti Steak & Onion Wrap’ yang sungguh menyelerakan, menggunakan Malabar Roti jenama KAWAN.

Malabar Roti merupakan roti canai ala mamak yang sungguh garing dan rapuh, serta sangat mudah untuk disediakan.



Hanya memerlukan tiga minit untuk menjadi roti canai yang enak, penyediaan Malabar Roti sangat mudah dan sungguh sedap! Setiap langkah ditunjukkan satu persatu oleh Chef Nik Michael.



Jangan lupa untuk menepuk Malabar Roti seperti yang anda lihat di kedai-kedai mamak untuk mendapatkan roti canai yang rapuh, garing dan enak dimakan.

Di akhir video, Chef Michael akan mencabar seorang Instafamous untuk memasak satu resepi menggunakan produk KAWAN yang dipilih olehnya.



Saksikan episod pertama bersama Chef Nik Michael dalam Cabaran Dapur Instafamous.




Jangan lupa untuk ke laman web www.kawanfood.my untuk pelbagai produk serta tips-tips masakan yang hebat dan menarik.